{"id":17007,"date":"2022-11-24T04:52:47","date_gmt":"2022-11-23T20:52:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17007"},"modified":"2022-11-24T04:52:47","modified_gmt":"2022-11-23T20:52:47","slug":"mt-umno-putuskan-sokong-kerajaan-perpaduan-bukan-diterajui-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/24\/mt-umno-putuskan-sokong-kerajaan-perpaduan-bukan-diterajui-pn\/","title":{"rendered":"MT UMNO putuskan sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).<br \/>\nSetiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.\u00a0<br \/>\n\u201cMT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya\u00a0\u00a0Barisan Nasional\u00a0mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan &#8230;bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,\u201d katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Dato Onn di sini malam tadi.<br \/>\nKatanya namun kerajaan itu bukanlah yang diterajui oleh PN.<br \/>\nBeliau berkata MT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15\u00a0mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda.\u00a0<br \/>\nMenurut Ahmad,\u00a0 mesyuarat MT\u00a0 UMNO turut\u00a0memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid\u00a0untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN\u00a0dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO.\u00a0<br \/>\nMT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN\u00a0dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, katanya.\u00a0<br \/>\nBeliau turut memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO \u00a02022 akan diadakan dari\u00a021 hingga 24 Dis.<br \/>\nPada PRU15 baru-baru ini BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, pencapaian terburuk dalam sejarah, manakala PH menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak\u00a0(23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.<br \/>\nKeputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya mendapat majoriti sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung.\u00a0<br \/>\nMajlis Raja-Raja akan bermesyuarat hari ini\u00a0bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu.\u00a0<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17005,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17007","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17007","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17007"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17007\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17008,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17007\/revisions\/17008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17005"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17007"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17007"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17007"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}