{"id":16589,"date":"2022-11-10T14:46:56","date_gmt":"2022-11-10T06:46:56","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16589"},"modified":"2022-11-10T14:46:56","modified_gmt":"2022-11-10T06:46:56","slug":"jangan-bezakan-kaum-dalam-perjuangan-khairul-firdaus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/10\/jangan-bezakan-kaum-dalam-perjuangan-khairul-firdaus\/","title":{"rendered":"Jangan bezakan kaum dalam perjuangan: Khairul Firdaus"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata perjuangan untuk membawa suara rakyat Sabah khasnya di Parlimen Batu Sapi adalah perjuangan bersama dan tidak boleh dibezakan berdasarkan kaum atau bangsa.<\/p>\n<p>\u201cKita tengok dan maklum bahawa Kerajaan Negeri sendiri di bawah pimpinan kerajaan GRS tidak pernah lihat perbezaan kaum atau bangsa dalam usaha membawa perubahan Sabah ke arah yang lebih baik.<\/p>\n<p>\u201cJadi di mana logiknya untuk perjuangan rakyat itu, dibawa oleh seorang pemimpin yang melihat perbezaan bangsa, kaum atau agama.<\/p>\n<p>\u201cKita semua sama-sama rakyat yang hidup bersama, kita bekerja bersama dan tidak kisah apa bangsa, Melayu, Cina, Bajau, Suluk atau apa bangsa sekalipun, kita adalah rakyat negeri Sabah, kita rakyat Malaysia, tidak boleh lihat perbezaan bangsa dan agama sebagai jurang dalam penyatuan serta perpaduan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama ahli Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini semalam.<\/p>\n<p>Menurut Khairul Firdaus, perjuangan untuk bawa suara serta hasrat rakyat perlu bersifat menyeluruh dan tidak boleh pilih kasih.<\/p>\n<p>\u201cKita jaga semua, tidak lihat apa bangsa, apa agama atau apa kaum, semua sama kerana kita rakyat yang sama.<\/p>\n<p>\u201cSaya anak kacukan, mama saya berbangsa cina dan saya separuh berdarah cina, nenek saya atuk saya berbangsa cina, semua di sini umpama saudara saya, popo (nenek) saya, atuk saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah Khairul Firdaus lagi, beliau sangat mengagumi pimpinan senior dari LDP yang banyak membawa suara rakyat dan memperjuangkan masalah rakyat di Sabah dan Batu Sapi.<\/p>\n<p>\u201cSaya tahu dan saya kagum dengan pemimpin-pemimpin senior LDP seperti Datuk VK Liew dan ramai lagi.<\/p>\n<p>\u201cSaya nampak perjuangan mereka dari zaman saya remaja.<\/p>\n<p>\u201cKerana itu, saya ingin LDP bersama-sama saya, kita bersama-sama berjuang dan saya yakin, jika saya diberi peluang membawa suara Batu Sapi, pasti LDP akan lebih berpotensi untuk ke depan kerana LDP adalah parti yang senior dalam semua parti bangsa Cina yang lain, sejak 1989 lagi,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Setiausaha Am LDP, Datuk Chin Su Yin berkata LDP mempunyai keyakinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan GRS.<\/p>\n<p>\u201cKita yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri kita, dengan GRS dan kerana itu, kita dari LDP beri sokongan kepada calon GRS khasnya di Batu Sapi.<br \/>\n\u201cKita yakin kerjasama ini akan kukuh dan kepelbagaian budaya kita akan membawa kepada kesan penyatuan yang positif, perpaduan yang akan dicontohi oleh semua pihak, termasuk dari Semenanjung Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu Sabah ketinggalan dan kita mahu suara kita didengar, untuk faedah kepada negeri kita sendiri,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>LDP Sandakan mempunyai lebih 5,000 keahlian, manakala jumlah keseluruhan ahli dalam negeri Sabah adalah lebih 30 ribu orang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata perjuangan untuk membawa suara rakyat Sabah khasnya di Parlimen Batu Sapi adalah perjuangan bersama dan tidak boleh dibezakan berdasarkan kaum atau bangsa. \u201cKita tengok dan maklum bahawa Kerajaan Negeri sendiri di bawah pimpinan kerajaan GRS tidak pernah lihat perbezaan kaum atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16590,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16589","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16589","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16589"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16589\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16591,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16589\/revisions\/16591"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16590"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16589"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16589"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16589"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}