{"id":16542,"date":"2022-11-09T10:27:59","date_gmt":"2022-11-09T02:27:59","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16542"},"modified":"2022-11-09T10:27:59","modified_gmt":"2022-11-09T02:27:59","slug":"pru15-jangan-biarkan-pembangkang-berkuasa-semula-di-sepanggar-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/09\/pru15-jangan-biarkan-pembangkang-berkuasa-semula-di-sepanggar-bung-moktar\/","title":{"rendered":"PRU15: Jangan biarkan pembangkang berkuasa semula di Sepanggar &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Rakyat Sepanggar digesa supaya tidak membiarkan kawasan mereka sekali lagi dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas sepenggal berada di bawah Parti Warisan (WARISAN).<\/p>\n<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata rakyat Sepanggar perlu memenangkan calon BN, Datuk Yakub Khan lebih-lebih lagi beliau adalah satu-satunya anak tempatan daripada lima calon yang bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar.<\/p>\n<p>Katanya, jika calon pembangkang masih dikekalkan pada PRU15 ini, Sepanggar mungkin terus mundur berbanding kawasan lain yang diwakili wakil rakyat kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Yakub rumah dia di sini dan dia tiada tempat lain lagi mahu pergi selain di Sepanggar ini, jadi selayaknya dia dipilih oleh pengundi di kawasan ini.<\/p>\n<p>&#8220;Rakyat Sepanggar tidak boleh membiarkan kawasan ini sekali lagi dimenangi pembangkang bagi memastikan ia tidak tersisih daripada perhatian kerajaan,&#8221; katanya pada ceramah perdana BN Sepanggar di Kampung Warisan, Inanam, di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata inilah peluang untuk rakyat di Sepanggar mengubah keadaan di kawasan mereka agar tidak mundur atau terus ketinggalan.<\/p>\n<p>&#8220;Jika dibandingkan dengan Kinabatangan, Sepanggar ini tidaklah luas tetapi Kinabatangan lebih membangun atas usaha saya.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau dulu datang ke Kinabatangan hanya ada hutan rimba saja, tempat hantu bertandang tetapi sekarang jalan rayanya kalah yang ada di bandar,&#8221; katanya yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah mungkin berpeluang menjawat jawatan yang lebih baik dalam kerajaan persekutuan jika BN berjaya mentadbir Putrajaya.<\/p>\n<p>&#8220;InsyaAllah BN akan mentadbir Putrajaya nanti dan mungkin Yakub boleh mendapat jawatan yang lebih baik lagi, malah silap-silap menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada PRU15, Yakub berdepan saingan daripada penyandang kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (WARISAN), selain Jumardie Lukman (KDM), Mustapha Sakmud (PH) dan Yusof Kunchang (PEJUANG).<\/p>\n<p>Dalam hal berkaitan, Bung Moktar turut mengingatkan pemimpin BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya sama-sama memenangkan calon BN dan GRS di semua 25 kawasan Parlimen yang ditandingi kedua-dua gabungan itu.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama kedua-dua gabungan itu seperti yang disepakati bersama sebelum ini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin sepanjang kempen PRU15 demi kemenamgan semua calon BN dan GRS.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sendiri tinggalkan kawasan saya di Kinabatangan untuk pastikan sahabat saya di Tenom, Beaufort dan lain-lain kawasan menang. Malah, Sipitang yang ditandingi GRS pun saya tolong.<\/p>\n<p>&#8220;Sama ada pemimpin BN atau GRS, kita kerjasamalah menangkan calon kita di Sipitang, Papar, Beaufort, Tuaran dan di tempat lain.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sedih kalau ada antara pemimpin GRS atau BN yang tudak menyahut seruan yang kita panggil dalam kempen PRU kali ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata, beliau akan berjumpa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS berhubung perkara itu berikutan ada satu dua kawasan menunjukkan masih belum ada kerjasama.<\/p>\n<p>Katanya, ia bagi memastikan semua calon BN dan GRS dimenangkan pada PRU kali ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid KOTA KINABALU: Rakyat Sepanggar digesa supaya tidak membiarkan kawasan mereka sekali lagi dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas sepenggal berada di bawah Parti Warisan (WARISAN). Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata rakyat Sepanggar perlu memenangkan calon BN, Datuk Yakub Khan lebih-lebih lagi beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16543,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16542","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16542","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16542"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16542\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16544,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16542\/revisions\/16544"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16543"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16542"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16542"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16542"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}