{"id":16437,"date":"2022-11-06T10:11:24","date_gmt":"2022-11-06T02:11:24","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16437"},"modified":"2022-11-06T10:11:24","modified_gmt":"2022-11-06T02:11:24","slug":"ph-gabungan-paling-stabil-dalam-pru-15-asas-penting-wujudkan-kerajaan-stabil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/06\/ph-gabungan-paling-stabil-dalam-pru-15-asas-penting-wujudkan-kerajaan-stabil\/","title":{"rendered":"PH gabungan paling stabil dalam PRU-15, asas penting wujudkan kerajaan stabil"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, PH gabungan parti politik paling stabil dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai asas penting mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali pilihan raya, rakyat mahu mengundi kerana mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Kita lihat hari ini selepas penamaan calon, walaupun parti-parti lain di Sabah bekerjasama dan berunding menentukan calon bertanding tetapi mereka tiada kesepakatan kerana masih ada diantara mereka yang bertanding sesama sendiri menggunakan logo sendiri.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun parti-parti berkenaan berada dalam kerajaan yang sama namun pada hari ini mereka bersaing sesama sendiri.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana mereka boleh menubuhkan sebuah kerajaan stabil sekiranya pada hari penamaan calon mereka sudah kelihatan tidak stabil?,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Harapan Penampang, di Tugu Datuk Peter Mojuntin Donggongon, di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, rakyat khususnya para pengundi di Penampang, Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya harus menilai keadaan itu pada hari pengundian jika inginkan sebuah kerajaan yang stabil. <\/p>\n<p>\u201cKalau kita mahu kerajaan yang stabil, lihat gabungan mana yang paling stabil dan sudah ternyata Pakatan Harapan adalah gabungan yang amat stabil, tidak seperti gabungan-gabungan parti lain.<\/p>\n<p>\u201cIni menunjukkan kita ada kesepakatan menubuhkan kerajaan persekutuan yang stabil supaya dapat membangunkan negara ini dengan lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon berkata, pada hari pengundian 19 November dan 15 November bagi pengundian awal, rakyat bukan hanya mengundi Ahli Parlimen di kawasan masing-masing tetapi mengundi untuk menentukan kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cPakatan Harapan juga mempunyai hanya satu calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi PH dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebuah parti berbilang kaum.<\/p>\n<p>\u201cBeliau belum pernah menjadi Perdana Menteri. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, beliau digelar sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia. Selaku calon Perdana Menteri selama ini, beliau turut menerima pengiktirafan daripada banyak negara di seluruh dunia melalui kunjungan-kunjungan hormat mereka kepada beliau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Oleh itu beliau berharap rakyat negeri ini dapat membuat penilaian dan pilihan bijak dengan mengundi calon Pakatan Harapan demi harapan baharu rakyat negara ini.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Ewon mengunjungi kampung asalnya di Kg.Penampang Proper bagi menghargai sokongan penduduk kampung dan saudara maranya.<\/p>\n<p>Kg.Penampang Proper adalah lokasi kedua program Ewon selepas pelancaran Jelajah Harapan Penampang di Kg.Maang, kelmarin.<\/p>\n<p>Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian bertekad memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat Penampang iaitu kampung halaman dan daerah asal bapanya, jika beliau diberi peluang mewakili Penampang.<\/p>\n<p>\u201cIni janji saya untuk rakyat Penampang. Selama ini saya telah melakukan yang terbaik untuk kampung halaman dan daerah ibu saya, tiada sebab kenapa saya tidak boleh buat yang terbaik untuk daerah bapa saya di Kg.Penampang Proper dan kawasan Penampang secara keseluruhannya.<\/p>\n<p>\u201cPada tahun 2018, rakyat Kadamaian memberikan mandat besar kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka. Saya telah membuat yang terbaik selama ini walaupun masih banyak keperluan masyarakat Kadamaian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon berkata, tiada masalah baginya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat Kadamaian dan Penampang pada masa yang sama. <\/p>\n<p>\u201cMisalnya pada Jumaat (kelmarin), sebelah pagi saya berada di Kadamaian untuk berjumpa penduduk kampung dan menyelesaikan beberapa keperluan mereka, manakala pada sebelah petang pula saya bersama penduduk di Kg.Inobong Penampang.<\/p>\n<p>\u201cKawasan DUN Kadamaian dan Penampang hanya dipisahkan dengan jarak perjalanan satu jam setengah. Selama ini saya menetap di Penampang tetapi sentiasa menjalankan tanggungjawab saya sebagai Wakil Rakyat Kadamaian. Pagi boleh melawat kampung di Kadamaian, petang boleh melawat kampung di Penampang.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu adalah tidak adil menilai kemampuan saya sebelum diberi peluang membuktikan perkhidmatan saya di Penampang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon berkata, kehadirannya di Kampung Penampang Proper amat sentimental kerana ia mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanaknya ketika bapanya masih hidup.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara maranya di kampung itu yang telah membantu mereka sekeluarga pada masa dahulu.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketika memula kempen di Kg Maang sebaik selesai penamaan calon, Ewon memperbaharui tekad untuk meneruskan perjuangan yang telah dimulakan di Kg Maang, Penampang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penglibatan awal beliau dalam kepimpinan bermula dengan penglibatan dalam tindakan membantah cadangan pemindahan setinggan dari Sri Tanjung, Putatan ke Kg Maang, Penampang pada bulan tahun 2006.<\/p>\n<p>\u201cSelepas tamat pengajian di universiti dan memulakan tugas sebagai Ketua Komulakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), saya terlibat dalam tindakan membantah cadangan pemindahan setinggan Sri Tanjung ke Kg Maang, terlibat menyediakan memorandum bantahan dan sama-sama berhimpun bersama rakyat Penampang membantah cadangan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cJika cadangan tersebut dilaksanakan ketika itu, penduduk Kadazan di Kg Maang akan ditenggelami dengan pendatang asing. Mereka akan merebak ke kampung-kampung lain termasuk Donggongon. Penduduk Kg Maang juga menyatakan penghargaan mereka hari ini kerana bantahan keras itu telah memastikan kampung mereka bebas pendatang asing.<\/p>\n<p>\u201cMujurlah dengan bantahan keras Wakil-Wakil Rakyat UPKO seperti Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Philip Lasimbang, Datuk Donald Mojuntin dan jawatankuasa tindakan yang diketuai oleh Fred Moosom serta semua rakyat Penampang, cadangan itu tidak dilaksanakan oleh kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Ewon juga, berikutan bantahan keras UPKO terhadap cadangan kerajaan tersebut, beberapa Wakil Rakyat UMNO telah mencabar UPKO keluar daripada Barisan Nasional (BN) ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cJusteru saya mahu meneruskan apa yang telah saya mulakan di Kg Maang. Saya telah bermula di Penampang dan bersedia untuk meneruskan perkhidmatan dan perjuangan saya untuk Penampang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Turut hadir Tan Sri Bernard Dompok, YB Jannie Lasimbang, Datuk Donald Mojuntin, Datuk Philip Lasimbang, Datuk Marcus Mojigoh, Joseph Alex Chang dan Fred Moosom.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, PH gabungan parti politik paling stabil dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai asas penting mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. \u201cSetiap kali pilihan raya, rakyat mahu mengundi kerana mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Kita lihat hari ini selepas penamaan calon, walaupun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16438,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16437","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16437","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16437"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16437\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16439,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16437\/revisions\/16439"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16438"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16437"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16437"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16437"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}