{"id":16361,"date":"2022-11-04T06:24:40","date_gmt":"2022-11-03T22:24:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16361"},"modified":"2022-11-04T10:12:45","modified_gmt":"2022-11-04T02:12:45","slug":"tiga-tokoh-politik-kiulu-berantap-merebut-kerusi-parlimen-tuaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/04\/tiga-tokoh-politik-kiulu-berantap-merebut-kerusi-parlimen-tuaran\/","title":{"rendered":"Tiga Tokoh Politik Kiulu Berantap Merebut Kerusi Parlimen Tuaran"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tiga tokoh Kiulu, termasuk seorang bekas Ratu Unduk Ngadau Kaamatan\u00a0peringkat negeri<br \/>\nbakal berantap di pentas politik bagi merebut kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>Mereka ialah Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan bekas ratu cantik Jo-anna Sue Henley Rampas.<\/p>\n<p>Pencalonan ketiga-tiga tokoh itu sudah disahkan oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.<\/p>\n<p>Madius yang bertekad mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran kali ini akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) manakala Joniston yang juga Ketua Penerangan PBS akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>Jo-anna yang juga Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) pula akan menyarung jersi Warisan.<\/p>\n<p>Pertarungan ketiga-tiga tokoh itu cukup menarik kerana mereka pernah bertembung dalam pentas lPilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.<\/p>\n<p>Madius pernah bertarung dengan Joniston dalam PRN 2020 manakala Jo-anna pernah berantap dengan Joniston dalam PRN terdahulu yang menyaksikan keputusan kedua-dua PRN itu menyebelahi Joniston.<\/p>\n<p>Apa yang menarik kali ini ialah ketiga-tiga mereka bertembung buat pertama kalinya dalam persaingan peringkat Parlimen.<\/p>\n<p>Difahamkan parti Pejuang juga dijangka meletakkan calon selain beberapa calon bebas yang pastinya menambah kemeriahan dan kehangatan perebutan kerusi Parlimen Tuaran.  <\/p>\n<p>Pemerhati  politik tempatan Mohd Zaki Harry Susanto berkata ketiga-tiga tokoh tersebut masing-masing berkebolehan dan berpengalaman.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/IMG-20221104-WA0046-297x300.jpg\" alt=\"\" width=\"297\" height=\"300\" class=\"alignnone size-medium wp-image-16369\" srcset=\"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/IMG-20221104-WA0046-297x300.jpg 297w, https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/IMG-20221104-WA0046-150x151.jpg 150w, https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/IMG-20221104-WA0046-300x303.jpg 300w, https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/IMG-20221104-WA0046.jpg 309w\" sizes=\"auto, (max-width: 297px) 100vw, 297px\" \/><\/p>\n<p>Pemerhati  politik tempatan Mohd Zaki Harry Susanto<\/p>\n<p>&#8220;Saya melihat semua calon berpeluang untuk menang meskipun kelebihan kepada calon dari parti pemerintah.<\/p>\n<p>&#8220;Berdasarkan pengamatan saya, masih ramai pengundi  yang keliru dan menganggap pilihan raya umum ke-15 ini sama dengan pilihan raya negeri (PRN). Sebenarnya PRU15 dan PRN amat berbeza di mana dalam PRU15 pengundi memilih wakil ke Parlimen,&#8221; katanya kepada Jesselton Times.<\/p>\n<p>Menurut Zaki, kemenangan dua atau tiga kerusi Parlimen sahaja belum cukup untuk membentuk secara sendirian kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bermakna wakil Parlimen yang menang masih perlu &#8220;bergabung&#8221; dengan mana-mana parti Malaya termasuk UMNO\/BN, PN dan PH untuk membentuk kerajaan Persekutuan&#8230;jadi isu sokong parti Malaya  sepatutnya tidak timbul atau dipolitikkan,&#8221; katanya,<\/p>\n<p>Zaki berharap rakyat Sabah, terutama pengundi muda tidak mensia-siakan peluang keemasan PRU15 untuk memilih wakil rakyat ke Parlimen, sekali gus membantu menstabilkan keadaan politik dan ekonomi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tiga tokoh Kiulu, termasuk seorang bekas Ratu Unduk Ngadau Kaamatan\u00a0peringkat negeri bakal berantap di pentas politik bagi merebut kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mereka ialah Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan bekas ratu cantik Jo-anna Sue Henley Rampas. Pencalonan ketiga-tiga tokoh itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16362,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16361","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16361","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16361"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16361\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16373,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16361\/revisions\/16373"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16361"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16361"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16361"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}