{"id":16247,"date":"2022-10-29T22:00:38","date_gmt":"2022-10-29T14:00:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16247"},"modified":"2022-10-29T22:00:38","modified_gmt":"2022-10-29T14:00:38","slug":"program-pembangunan-pelan-penggantian-tingkat-kemahiran-peserta-merancang-organisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/29\/program-pembangunan-pelan-penggantian-tingkat-kemahiran-peserta-merancang-organisasi\/","title":{"rendered":"Program Pembangunan Pelan Penggantian Tingkat Kemahiran Peserta Merancang Organisasi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Program Membangunkan Pelan Penggantian: Strategi dan Teknik Pelaksanaan, khusus bagi melatih para peserta membuat perancangan yang efisien dalam memperkasa organisasi.<\/p>\n<p>Program berbentuk latihan kompetensi yang disertai seramai 52 peserta dari 31 agensi awam dari seluruh negara itu turut berperanan untuk melatih para pemimpin organisasi menguruskan pelan penggantian bagi memastikan kesinambungan prestasi organisasi, bahagian atau jabatan kekal berterusan.<\/p>\n<p>Majlis penutup program yang dijalankan secara komprehensif dalam dua sesi berasingan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Josie Lai. Hadir sama ialah Pengarah PIPPA USM, Dato\u2019 Dr. Musa Ali yang juga pemudahcara program berkenaan.<\/p>\n<p>Josie dalam ucapannya berkata, pelan penggantian adalah tindakan yang dilakukan oleh organisasi untuk menyediakan pengganti yang sesuai dan bersedia sepenuhnya pada masa yang diperlukan untuk memimpin organisasi.<\/p>\n<p>\u201cFokus pelan penggantian adalah mengenal pasti jawatan yang strategik dalam organisasi dan mewujudkan kumpulan bakat (talent pipe-line) dengan menyediakan calon pengganti untuk kekosongan dalam organisasi apabila penyandang bersara, tamat kontrak atau berpindah tempat kerja.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, menjadi harapan saya supaya para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dengan sebaiknya dan dapat dilaksanakan di organisasi masing-masing,\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>Selaku pemudahcara program tersebut , Musa pula berkata, program berkenaan direka khusus untuk memperkasa para pemimpin organisasi untuk memimpin organisasi secara efisien, sekaligus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada organisasi dan masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, program itu turut menerapkan empat elemen utama yang diperincikan termasuk teknik mengenal pasti jawatan strategik, analisis pekerjaan dan analisis jurang kompetensi, kaedah menilai kesediaan calon penggantian dan merangka pelan tindakan jabatan masing-masing.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, salah seorang peserta, Mohd Firdaus Ab Latif dari Kementerian Pengangkutan berkata, Kursus Pembangunan Pelan Penggantian ini merupakan kursus paling lengkap pernah dihadiri beliau berkaitan pelan penggantian. <\/p>\n<p>\u201cKursus ini menyentuh teori dan paling penting, panduan praktikal dengan \u2018template\u2019 dan strategi pelaksaan yang bermanfaat untuk dilaksanakan dalam organisasi.<\/p>\n<p>\u201cSesi-sesi latihan dan perkongsian oleh PIPPA mendedahkan saya kepada senario sebenar cabaran pelaksanaan pelan penggantian yang amat membantu dalam mengenalpasti isu-isu berbangkit dan kaedah penyelesaian,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Suziana Baharom Ulom dari Jabatan Perdana Menteri pula berkata, program berkenaan telah memberikan pendedahan dan meningkatkan lagi pemahaman peserta berhubung strategi dan teknik pelaksanaan pelan penggantian yang lebih sistematik. <\/p>\n<p>\u201cProgram ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada Pengurus Sumber Manusia dari pelbagai agensi dalam merancang Pelan Penggantian yang lebih komprehensif untuk jangka masa panjang,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Seorang lagi peserta, Noorul Akmam Sumiran dari Kementerian Pengajian Tinggi berkata, program ini sangat membantu beliau selaku pengurus sumber manusia untuk memahami dengan lebih jelas berkenaan teknik mengenalpasti pegawai yang berkelayakan bagi mengisi jawatan strategik di agensi untuk memastikan kesinambungan halatuju agensi supaya tidak berlaku pembaziran sumber.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Program Membangunkan Pelan Penggantian: Strategi dan Teknik Pelaksanaan, khusus bagi melatih para peserta membuat perancangan yang efisien dalam memperkasa organisasi. Program berbentuk latihan kompetensi yang disertai seramai 52 peserta dari 31 agensi awam dari seluruh negara itu turut berperanan untuk melatih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16248,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16247","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16247","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16247"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16247\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16249,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16247\/revisions\/16249"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16247"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16247"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16247"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}