{"id":16200,"date":"2022-10-27T21:36:14","date_gmt":"2022-10-27T13:36:14","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=16200"},"modified":"2022-10-27T21:36:14","modified_gmt":"2022-10-27T13:36:14","slug":"budaya-kerja-selamat-dan-sihat-perlu-diterapkan-elak-kemalangan-di-tempat-kerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/27\/budaya-kerja-selamat-dan-sihat-perlu-diterapkan-elak-kemalangan-di-tempat-kerja\/","title":{"rendered":"Budaya kerja selamat dan sihat perlu diterapkan elak kemalangan di tempat kerja"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Amalan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja perlu diterapkan dan diamalkan oleh semua pihak sama ada majikan mahupun pekerja.<\/p>\n<p>Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, ia penting bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan daripada berlaku.<\/p>\n<p>\u201cSehubungan itu, program-program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dijadikan sebagai salah satu program tahunan sesebuah organisasi.<\/p>\n<p>\u201cPada masa yang sama ia meyemai semangat berpasukan dalam kalangan pekerja serta menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej Kediaman UMS, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Program yang julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS.<\/p>\n<p>Menyentuh mengenai penganjuran program tersebut, Kasim memaklumkan ia antara lain bertujuan menggalakkan penglibatan setiap warga universiti dalam aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sekali gus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam KKP.<\/p>\n<p>\u201cPada masa yang sama, ia bagi menerapkan amalan pengurusan KKP yang cekap berteraskan pengurusan risiko yang berkesan bagi merealisasikan pembudayaan kerja selamat dan sihat di UMS.<\/p>\n<p>\u201cUntuk makluman, penarafan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan kolej kediaman sebagai tempat yang selamat dan sihat, selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), dan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS.<\/p>\n<p>\u201cAnugerah ini juga bertepatan dengan falsafah kolej kediaman yang memelihara kesejahteraan dan keharmonian warganya,\u201d tambah Kasim.<\/p>\n<p>Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Pengarah PKKP, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, Pengarah PNRF, Hasmi Hashim, dan Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UMS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Amalan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja perlu diterapkan dan diamalkan oleh semua pihak sama ada majikan mahupun pekerja. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, ia penting bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan daripada berlaku. \u201cSehubungan itu, program-program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":16201,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-16200","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16202,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16200\/revisions\/16202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}