{"id":1591,"date":"2021-02-17T16:52:53","date_gmt":"2021-02-17T08:52:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=1591"},"modified":"2021-02-17T16:52:55","modified_gmt":"2021-02-17T08:52:55","slug":"ums-terima-kemasukan-pelajar-secara-berperingkat-mulai-1-mac-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/02\/17\/ums-terima-kemasukan-pelajar-secara-berperingkat-mulai-1-mac-depan\/","title":{"rendered":"UMS Terima Kemasukan Pelajar Secara Berperingkat Mulai 1 Mac Depan"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA KINABALU: \u00a0Pergerakan kemasukan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke kampus Induk Kota Kinabalu akan bermula pada 1 \u2013 4 Mac depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan UMS, kesemua pelajar tersebut merangkumi 6 kategori seperti yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPara pelajar terlebih dahulu perlu mengisi borang <em>UMS-Shield<\/em>, sebuah aplikasi atas talian yang dibangunkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama Fakulti Komputeran dan Infomatik (FKI) UMS bagi tujuan pencegahan penularan pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum memasuki perkarangan kampus, pelajar perlu mendaftar di pagar utama dan kawasan <em>Drop Zone <\/em>melalui imbasan kod QR menggunakan aplikasi My Sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa sama, pelajar juga wajib mengimbas kod QR menggunakan <em>UMS Smart Hadir<\/em>, sebuah aplikasi yang dihasilkan universiti ini bagi tujuan pengesahan kehadiran dan merekodkan lokasi yang dikunjungi menggunakan teknologi GPS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAplikasi ini boleh dimuat turun di <em>Play Store<\/em>&nbsp;bagi pengguna telefon android &nbsp;dan <em>App Store<\/em>&nbsp;bagi pengguna Iphone,\u201d demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang berasal dari Sabah perlu menjalani ujian swab ketika mendaftar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, mereka yang memperoleh warna merah (berisiko tinggi) dalam penilaian UMS-Shield akan diasingkan untuk dirujuk ke Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelajar yang mendapat warna hijau (berisiko rendah) dan warna kuning (berisiko sederhana) pula dibenarkan masuk ke kampus namun diwajibkan membuat imbasan kod QR pada setiap destinasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesemua pelajar sama ada pelajar tempatan atau berasal dari luar Sabah diwajibkan menjalani proses pengasingan selama 10 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMS juga telah mengenal&nbsp;pasti kawasan pengasingan dan kuarantin sekiranya terdapat kes bergejala yang memerlukan pemerhatian lanjut dan ujian swab susulan,\u201d ujar kenyataan itu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama digunapakai di UMS Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, kenyataan itu juga memaklumkan pelaksanaan kuliah adalah secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian mengikut keperluan kursus yang diikuti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar tidak dibenarkan melakukan&nbsp;aktiviti berkumpulan pada skala besar, sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau&nbsp;cecair pembasmi kuman&nbsp;yang disediakan di setiap bangunan kampus termasuk di kolej-kolej kediaman UMS.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua pelajar wajib mengimbas suhu serta kod QR My Sejahtera dan UMS Smart Hadir apabila berurusan di mana-mana kawasan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembersihan dan disinfeksi ruang juga perlu dilakukan sebelum dan selepas sesuatu aktiviti, dan pematuhan terhadap&nbsp;semua peraturan serta arahan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa di dalam UMS dari semasa ke semasa, tambah kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 6,395 pelajar dijangka akan mendaftar masuk iaitu seramai 6,022 di UMS Kota Kinabalu, 205 pelajar di UMS Sandakan dan 168 orang di UMSKAL.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, kapasiti lima Kolej Kediaman UMS Kampus Kota Kinabalu mampu memuatkan 7,834 pelajar, sementara di kampus Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan masing-masing boleh memuatkan 954 dan 1,739 pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, ibu bapa atau para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320060, atau facebook Laman Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, atau melalui e-mel pejhep@ums.edu.my.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: \u00a0Pergerakan kemasukan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke kampus Induk Kota Kinabalu akan bermula pada 1 \u2013 4 Mac depan. Menurut kenyataan UMS, kesemua pelajar tersebut merangkumi 6 kategori seperti yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi. \u201cPara pelajar terlebih dahulu perlu mengisi borang UMS-Shield, sebuah aplikasi atas talian yang dibangunkan Fakulti Perubatan dan Sains [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1592,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[229],"class_list":{"0":"post-1591","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan","8":"tag-kemasukan-pelajar-ums"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1593,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1591\/revisions\/1593"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1592"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}