{"id":15873,"date":"2022-10-13T18:42:10","date_gmt":"2022-10-13T10:42:10","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15873"},"modified":"2022-10-13T18:42:10","modified_gmt":"2022-10-13T10:42:10","slug":"kerjasama-grs-bn-untuk-pilih-pemimpin-persekutuan-perjuangkan-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/13\/kerjasama-grs-bn-untuk-pilih-pemimpin-persekutuan-perjuangkan-sabah\/","title":{"rendered":"Kerjasama GRS, BN untuk pilih pemimpin Persekutuan perjuangkan Sabah"},"content":{"rendered":"<p>TUARAN: Momentum kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan wakil 25 Parlimen negeri itu mampu memperjuangkan Sabah di peringkat persekutuan.<br \/>\nKetua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS\u00a0Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu menyifatkan PRU15 penting\u00a0untuk memilih pemimpin yang benar-benar\u00a0mampu memperjuangkan Sabah.<br \/>\n\u201cSabah diutamakan, itu mesti menjadi realiti dalam perjuangan kita kerana PRU kali ini bukan main-main, amat besar tentukan pimpinan negara akan memerintah,\u201d kata\u00a0Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah\u00a0dan\u00a0Ketua Bahagian Bersatu Tuaran itu ketika berucap merasmikan\u00a0Mesyuarat Bersatu\u00a0Bahagian Tuaran Tahun 2022 di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.<br \/>\nTurut hadir\u00a0pemimpin parti komponen\u00a0GRS iaitu Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP)\u00a0Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden\u00a0Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)\u00a0Tan Sri Pandikar Amin Mulia,\u00a0 Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Robert Tawik dan Ketua Penerangan\u00a0Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk\u00a0Joniston Bangkuai.<br \/>\nHajiji berkata kerjasama GRS dan BN adalah kemahuan rakyat yang diterjemah pada Pilihan Raya Negeri ke-16 pada 2020 yang dilihat membuahkan hasil positif untuk rakyat maka wajarlah ia diteruskan pada PRU15.<br \/>\nKita pegang kepada persetujuan ini kerana itu pilihan raya nanti kita sampaikan hasrat kepada kedua-dua komponen gabungan ini (GRS dan BN), kita secara prinsipnya bersetuju bekerjasama menghadapi pilihan raya ini berdepan parti pembangkang,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hajiji berkata GRS berminat untuk\u00a0bertanding di Parlimen Tuaran dan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dijadualkan malam ini.<br \/>\n\u201cKita juga akan sampaikan dalam perbincangan bersama BN nanti, bisik-bisik dengan BN nampak okey lah tetapi kita kena secara rasmi, nanti diberitahu secara\u00a0rasmi apabila sampai masanya,\u201d katanya.<br \/>\nDitanya kemungkinan beliau bertanding sebagai calon GRS di Parlimen Tuaran pada PRU15, Hajiji hanya tersenyum dan berkata: \u201cSaya tidak minatlah.\u201d\u00a0<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Momentum kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan wakil 25 Parlimen negeri itu mampu memperjuangkan Sabah di peringkat persekutuan. Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS\u00a0Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu menyifatkan PRU15 penting\u00a0untuk memilih pemimpin yang benar-benar\u00a0mampu memperjuangkan Sabah. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15874,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15873","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15873","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15873"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15873\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15875,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15873\/revisions\/15875"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15874"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15873"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15873"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15873"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}