{"id":15870,"date":"2022-10-13T17:42:54","date_gmt":"2022-10-13T09:42:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15870"},"modified":"2022-10-13T17:42:54","modified_gmt":"2022-10-13T09:42:54","slug":"kongres-tritahunan-upko-yang-sepatutnya-diadakan-pada-15-16-oktober-ditunda-selepas-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/13\/kongres-tritahunan-upko-yang-sepatutnya-diadakan-pada-15-16-oktober-ditunda-selepas-pru15\/","title":{"rendered":"Kongres Tritahunan UPKO yang sepatutnya diadakan pada 15-16 Oktober, ditunda selepas PRU15"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan untuk menunda Persidangan Perwakilan Tritahunan yang sepatutnya diadakan pada 15-16 Oktober ini ke satu tarikh baru selepas pilihanraya umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>Bakal Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan penundaan kongres parti itu dibuat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihanraya. <\/p>\n<p>Bagaimanapun katanya, penundaan ini tidak memberi kesan kepada transisi kepimpinan dalam parti dan juga keputusan pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi.<\/p>\n<p>Ewon turut mengesahkan bahawa jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak akan dipertandingkan selepas calon-calon yang layak menang tanpa bertanding selepas calon lain memberi laluan.<\/p>\n<p>Sementara itu dalam Mesyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu semalam memutuskan agar Ewon dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya UPKO yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden Datuk Wong Thien Fook.<\/p>\n<p>Beliau berkata, UPKO sedang giat melaksanakan persiapan-persiapan menghadapi pilihanraya terutama di kawasan yang menjadi sasaran untuk ditandingi oleh parti tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun perundingan berkenaan pengagihan kerusi masih berjalan di peringkat pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH), namun mendapat gambaran berkenaan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi.<\/p>\n<p>&#8220;Yang pasti, kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh UPKO ada yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional (BN), ada yang akan ditandingi oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti Warisan. UPKO bersama-sama dengan parti-parti komponen PH iaitu PKR, DAP, AMANAH serta rakan sekutu MUDA bersedia berhadapan dengan parti-parti ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Ewon, beliau akan mengadakan kunjungan ke Bahagian-Bahagian yang bakal ditandingi oleh UPKO bermula pada minggu hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Mesyuarat khas Majlis Tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan untuk menunda Persidangan Perwakilan Tritahunan yang sepatutnya diadakan pada 15-16 Oktober ini ke satu tarikh baru selepas pilihanraya umum ke-15 (PRU15). Bakal Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan penundaan kongres parti itu dibuat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihanraya. Bagaimanapun katanya, penundaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15871,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15870","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15870","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15870"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15870\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15872,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15870\/revisions\/15872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15871"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15870"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15870"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15870"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}