{"id":15771,"date":"2022-10-09T11:38:17","date_gmt":"2022-10-09T03:38:17","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15771"},"modified":"2022-10-09T11:38:17","modified_gmt":"2022-10-09T03:38:17","slug":"pejabat-menteri-tugas-tugas-khas-kini-dinamakan-semula-sebagai-kementerian-tugas-tugas-khas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/09\/pejabat-menteri-tugas-tugas-khas-kini-dinamakan-semula-sebagai-kementerian-tugas-tugas-khas\/","title":{"rendered":"Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas kini dinamakan semula sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini, mengumumkan bahawa mesyuarat Kabinet negeri telah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuatkuasa serta merta.<br \/>\nBeliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet negeri yang diadakan pada 5 Oktober lalu.<br \/>\n\u201cKeputusan ini adalah bagi mengiktiraf peranan kementerian selama ini dalam menyelaraskan hal ehwal pendidikan dan hal ehwal Islam di negeri ini.<br \/>\n\u201cSemoga dengan ini dan bersempena pada hari yang mulia ini, Kementerian Tugas- Tugas Khas dan Penyelarasan akan terus bekerja keras untuk memajukan hal ehwal berkaitan pendidikan dan Islam di negeri ini,\u201d katanya sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H\/2022M di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Ahad.<br \/>\nYang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H\/2022M di Dewan Masyarakat Sandakan.<br \/>\nDalam pada itu, Ketua Menteri berkata sikap berdikari Nabi Muhammad perlu dicontohi umat Islam khususnya anak-anak muda di negeri ini.<br \/>\nBeliau berkata, Rasulullah sejak zaman remajanya lagi telah belajar berdikari dengan menggembala kambing dan berdagang sebagai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan.<br \/>\n\u201cKesemua yang dilakukan Rasulullah sebagai upaya mengurangkan kebergantungan hidup kepada orang lain di samping tidak mahu menyusah dan mengharap belas kasihan orang di sekelilingnya.<br \/>\n\u201cJusteru, bersesuaian dengan citra kelahiran dan perutusan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat yang memacu perubahan dan pembaharuan, seharusnya umat Islam hari ini memiliki tekad serta kaedah baharu dalam mengharungi cabaran semasa.<br \/>\n\u201cAntara lain tekad dan kaedah yang dimaksudkan itu adalah memiliki kemampuan berusaha dan berdikari bagi mengelakkan kebergantungan umat Islam terhadap orang lain,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata umat Islam juga perlu terus belajar, menguasai ilmu dan kemahiran terkini sambil menghayati ajaran al-Quran dan sunnah bagi mengelakkan diri kekal dalam kemunduran.<br \/>\n\u201cSedarilah bahawa kegemilangan atau kegagalan negara di masa akan datang, semuanya bergantung kepada bagaimana anda mencorakkannya,\u201d katanya.<br \/>\nDalam pada itu, Hajiji berkata prinsip perpaduan perlu terus dijadikan teras kekuatan dan ketinggian martabat masyarakat Islam kerana membina perpaduan adalah antara sunnah terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.<br \/>\n\u201cAtas asas itu, kerajaan akan terus berusaha memakmurkan negeri ini, membangunkan ekonomi dan rakyatnya bersatu padu. Justeru, dalam mendepani aspirasi perubahan dan pembaharuan, ia juga harus berorientasikan kepentingan rakyat.<br \/>\n\u201cKita tidak boleh membuang masa untuk terjebak dan melayan perbalahan dalam ikhtiar dan berkhidmat demi rakyat. Sebaliknya, kita perlu terus komited menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda membangun negeri ini dan modal insan yang berkualiti dan berintergriti selain kreatif dan inovatif demi manfaat rakyat.<br \/>\n\u201cBagi tujuan itu, pelbagai polisi, inisiatif dan insentif telah dan akan dirancang oleh kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya demi memastikan tiada ada rakyat Malaysia di Sabah ketinggalan dalam merasai nikmat serta kemakmuran negara,\u201d katanya<br \/>\nBeliau juga mahu tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, akan dijadikan pegangan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan keluarga Malaysia di negeri ini.<br \/>\n\u201cTema ini amat sesuai dengan kita di Sabah, sebuah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan bersatu padu demi keamanan serta kemakmuran negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini, mengumumkan bahawa mesyuarat Kabinet negeri telah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuatkuasa serta merta. Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet negeri yang diadakan pada 5 Oktober lalu. \u201cKeputusan ini adalah bagi mengiktiraf [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15772,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15771","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15771"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15773,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15771\/revisions\/15773"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}