{"id":15720,"date":"2022-10-06T19:36:28","date_gmt":"2022-10-06T11:36:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15720"},"modified":"2022-10-06T19:36:28","modified_gmt":"2022-10-06T11:36:28","slug":"maf2022-pencapaian-setiap-kakitangan-adalah-kebanggaan-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/06\/maf2022-pencapaian-setiap-kakitangan-adalah-kebanggaan-ums\/","title":{"rendered":"MAF2022: Pencapaian setiap kakitangan adalah kebanggaan UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pencapaian kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam semua peringkat merupakan satu kebanggaan kepada universiti.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, setiap pencapaian yang dihasilkan secara tidak langsung menjadi ukuran kepada pencapaian keseluruhan organisasi.<\/p>\n<p>\u201cKecemerlangan merupakan hasil kerjasama setiap individu dalam sesebuah organisasi.<\/p>\n<p>\u201cSetiap sumbangan dan usaha individu walau sekecil mana pun itulah nanti yang menghasilkan kecemerlangan yang lebih hebat iaitu kecemerlangan organisasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Aspirasi Fakulti Kejuruteraan (MAF) yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Rasid turut mengajak seluruh warga universiti bersama-sama mendoakan agar keharmonian dan persefahaman yang telah terjalin sesama warga terus kukuh dan subur.<\/p>\n<p>\u201cSaya mendoakan agar FKJ  sentiasa komited dan mengekalkan budaya kerja cemerlang.<\/p>\n<p>\u201cInilah nanti yang akan membawa martabat fakulti ke tingkat lebih tinggi dan mengharumkan nama UMS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hadir sama, Dekan FKJ, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad; Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik, Prof. Madya Ts. Dr. Hanafi Ahmad Hijazi; Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan, Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun; dan Timbalan-timbalan Dekan FKJ.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ismail dalam ucapannya berkata, MAF 2022 diadakan untuk memberi penghargaan kepada staf yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai disiplin yang ditetapkan oleh pengurusan fakulti.<\/p>\n<p>\u201cPenghargaan ini merupakan pengiktirafan kepada kakitangan Fakulti Kejuruteraan yang telah memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kita juga meraikan kakitangan yang telah menerima penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jasa Bakti dan Anugerah Jasa Setia daripada universiti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu sebanyak 61 kakitangan telah menerima penghargaan dan anugerah merangkumi kategori Pentadbiran dan Bahagian Sains dan Teknikal; Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Penghargaan Penyelidikan dan Inovasi; dan kategori Anugerah Khas Fakulti Kejuruteraan Tahun 2021.<\/p>\n<p>Program yang julung kalinya diadakan itu turut dihadiri Kelab Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) UMS, serta  pelajar pascasiswazah dan alumni FKJ.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pencapaian kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam semua peringkat merupakan satu kebanggaan kepada universiti. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, setiap pencapaian yang dihasilkan secara tidak langsung menjadi ukuran kepada pencapaian keseluruhan organisasi. \u201cKecemerlangan merupakan hasil kerjasama setiap individu dalam sesebuah organisasi. \u201cSetiap sumbangan dan usaha individu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15721,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15720","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15720","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15720"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15720\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15722,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15720\/revisions\/15722"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15721"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15720"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15720"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15720"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}