{"id":15709,"date":"2022-10-06T07:19:08","date_gmt":"2022-10-05T23:19:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15709"},"modified":"2022-10-06T07:19:08","modified_gmt":"2022-10-05T23:19:08","slug":"pelajar-ums-dinasihatkan-waspada-taktik-penipuan-rumah-sewa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/06\/pelajar-ums-dinasihatkan-waspada-taktik-penipuan-rumah-sewa\/","title":{"rendered":"Pelajar UMS dinasihatkan waspada taktik penipuan rumah sewa"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan agar berwaspada dengan taktik scammer yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus UMS yang giat dipromosikan menerusi media sosial.<br \/>\nMenurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, pelajar baharu dan lama perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang dijalankan penipu dalam talian ini.<br \/>\n\u201cIsu ini timbul apabila pelajar yang akan mula kembali ke kampus dan meneruskan kaedah pengajian secara bersemuka apabila semester dibuka nanti sedang mencari rumah sewa. Peluang inilah yang diambil mereka untuk mengaut keuntungan.<br \/>\n\u201cJusteru, saya menyeru kepada para pelajar untuk merujuk kepada Pusat Pengurusan Non \u00a0Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan rumah sewa bagi mengelakkan penipuan seperti ini dari terus berlaku,\u201d tegasnya.<br \/>\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.<br \/>\nSebuah laporan akhbar nasional hari ini mendedahkan 10 pelajar UMS yang mencari rumah sewa telah ditipu dengan kerugian mencecah RM30,000.<br \/>\nSehubungan itu, Kasim turut mengingatkan agar pelajar-pelajar yang mencari rumah sewa sendiri perlu terlebih dahulu membuat semakan dan memeriksa rumah yang bakal diduduki sebelum membuat bayaran deposit bagi mengelakkan mereka ditipu.<br \/>\nMengambil pendirian dalam isu rumah sewa pelajar juga, beliau menegaskan rumah yang hendak disewakan perlulah memenuhi keperluan minimum yang telah ditetapkan seperti penyediaan bekalan elektrik, air, kipas, tandas dan dapur.<br \/>\n\u201cKita tidak mahu penyewa mengambil kesempatan dengan menyediakan kemudahan yang tidak sesuai dan tidak lengkap yang akan menyusahkan pelajar kita nanti.<br \/>\n\u201cPemilik rumah di sekitar UMS yang berminat untuk menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar boleh berhubung dengan PNRF, UMS agar pihak kami dapat mengenal pasti dan mengesahkan yang penyewa bukanlah scammer,\u201d jelasnya.<br \/>\nUntuk rekod, laman web https:\/\/rumahsiswa.mohe.gov.my\/ sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memudahkan pelajar mendapat maklumat dan senarai rumah sewa.<br \/>\nSebarang maklumat lanjut berhubung rumah sewa, para pelajar UMS boleh menghubungi PNRF di talian 088-320000 sambungan 205500 atau melalui emel pnrf@ums.edu.my.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan agar berwaspada dengan taktik scammer yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus UMS yang giat dipromosikan menerusi media sosial. Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, pelajar baharu dan lama perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang dijalankan penipu dalam talian ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15710,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15709","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15709","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15709"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15711,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15709\/revisions\/15711"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15710"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}