{"id":15690,"date":"2022-10-03T19:22:28","date_gmt":"2022-10-03T11:22:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15690"},"modified":"2022-10-03T19:22:28","modified_gmt":"2022-10-03T11:22:28","slug":"implimentasi-rekabentuk-bangunan-untuk-gempa-bumi-perlu-di-kawasan-zon-merah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/10\/03\/implimentasi-rekabentuk-bangunan-untuk-gempa-bumi-perlu-di-kawasan-zon-merah\/","title":{"rendered":"Implimentasi rekabentuk bangunan untuk gempa bumi perlu di kawasan zon merah"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Felo Penyelidik Utama Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith menekankan bahawa implimentasi rekabentuk bangunan untuk gempa bumi diperlukan di kawasan zon merah gempa bumi.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurutnya, kawasan yang memerlukan implementasi rekabentuk itu adalah seperti di \u00a0Ranau, Lahad Datu dan Kunak, Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPendedahan mengenai rekabentuk bangunan yang sesuai dalam kawasan panas (hot-spot) gempa bumi ini bagi mengelak kemalangan jiwa, selain menerapkan latihan kesiapsiagaan terhadap bencana tersebut kepada orang awam.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cGempa bumi itu sendiri tidak berbahaya, namun runtuhan struktur bangunan yang akan memberi impak dan mengancam keselamatan dan nyawa manusia,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau yang juga Ketua Kumpulan Gempa Bumi NDRC berkata demikian ketika \u00a0menyampaikan ceramah pada Program Pemantapan Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah (JPBN) 2022, di sini, baru-baru ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nCeramah bertajuk \u2018Sains Gempa Bumi di Malaysia: Status dan Cabaran\u2019 merupakan anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nIa dihadiri 40 Pegawai APM yang merupakan Sekretariat JPBN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di negeri ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nNoor Sheena yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UMS turut berkongsi Peta Bahaya Seismik untuk Malaysia, iaitu sebuah peta berdasarkan nilai Peak Ground Acceleration (PGA) dalam Malaysian Standard MS En 1998-1: 2015 National Annex 2017 oleh Jabatan Standard Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPeta Bahaya Seismik ini merupakan hasil daripada kajian bersama pakar-pakar dari beberapa buah jabatan, agensi swasta, badan bukan kerajaan dan juga universiti-universiti di Malaysia yang salah satunya adalah pakar-pakar penyelidik dalam bidang gempa bumi dari NDRC, UMS sendiri,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, Pengarah NDRC UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus memaklumkan, penyelidikan berkaitan dengan tingkah laku dan mitigasi gempa ini merupakan salah satu fokus penyelidikan di NDRC selain bidang bencana alam lain seperti tsunami, tanah runtuh, banjir, perubahan iklim, kemarau, hakisan pantai dan sungai.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cDitubuhkan sejak tahun 2006, \u00a0pusat ini bertindak sebagai tempat pertemuan (focal point) untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPenglibatan NDRC dalam ceramah seumpama ini diharap dapat memberikan input berguna dalam kesiapsiagaan awal kepada Sekretariat JPBN dan JPBD, APM Sabah serta memberikan peluang kepada pakar-pakar penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka kepada pemegang taruh dalam pengurusan bencana alam di Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIa selaras dengan objektif penubuhan NDRC ini sendiri iaitu untuk menjana ilmu baru berkaitan dengan tingkah laku, mekanisme, impak dan mitigasi bencana alam ke arah pengurusan bencana alam yang lebih berkesan dan holistik di negara ini,\u201d katanya.i<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU: Felo Penyelidik Utama Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith menekankan bahawa implimentasi rekabentuk bangunan untuk gempa bumi diperlukan di kawasan zon merah gempa bumi. \u00a0 Menurutnya, kawasan yang memerlukan implementasi rekabentuk itu adalah seperti di \u00a0Ranau, Lahad Datu dan Kunak, Sabah. \u00a0 \u201cPendedahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15691,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15690","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15690","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15692,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15690\/revisions\/15692"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15691"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}