{"id":15646,"date":"2022-09-30T17:11:28","date_gmt":"2022-09-30T09:11:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15646"},"modified":"2022-09-30T17:11:28","modified_gmt":"2022-09-30T09:11:28","slug":"kerajaan-malaysia-mesti-kecam-bantah-sekeras-kerasnya-tuntutan-ke-atas-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/30\/kerajaan-malaysia-mesti-kecam-bantah-sekeras-kerasnya-tuntutan-ke-atas-sabah\/","title":{"rendered":"Kerajaan Malaysia mesti kecam, bantah sekeras-kerasnya tuntutan ke atas Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Media Pakatan Harapan Sabah (PH)<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia seharusnya mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Senator Francis Tolention bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) seharusnya merebut peluang untuk meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah. \u00a0Senator Tolention membuat kenyataan itu berikutan keputusan timbang tara yang dituntut oleh waris Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSenator Tolentino turut menyatakan bahawa seramai 750,000 rakyat Filipina hidup tanpa faedah kesihatan, keselamatan sosial dan tanpa kewarganegaraan ada di Sabah. \u00a0Kami yakin bahawa angka tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi, walaubagaimanapun, jumlah 750,000 adalah masih sangat tinggi dan perkara ini seharusnya diambil serius oleh Kerajaan Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSekiranya kenyataan tersebut adalah benar, apakah tindakan kerajaan persekutuan untuk menangani perkara ini? \u00a0Memandangkan Senator Tolentino telah mengakui bahawa mereka adalah warga Filipina dan tanpa kewarganegaraan di Sabah, jelas menggambarkan bahawa golongan tersebut adalah pendatang tanpa izin yang harus dihantar pulang. Oleh itu, kerajaan Filipina mesti bersedia dan sanggup untuk menerima mereka kembali.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKenyataan yang dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat Senat Filipina ini adalah amat berbahaya dan tindakan beliau untuk mencabar kedaulatan negara ini secara terbuka adalah satu ancaman terhadap kepada keselamatan Sabah dan rakyatnya. \u00a0Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan ini boleh mencetuskan kebencian dan kemarahan warga Filipina yang semakin meningkat terhadap kerajaan Malaysia dan Sabah kerana wujudnya dakwaan bahawa mereka yang berada di Sabah telah menerima layanan buruk dan dinafikan akses kepada kemudahan kesihatan dan faedah keselamatan sosial meskipun beranggapan bahawa Sabah adalah &#8216;milik&#8217; Filipina?<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTuntutan berterusan terhadap Sabah adalah gambaran kegagalan berterusan kerajaan Malaysia untuk benar-benar memahami dan menyelesaikan secara tuntas kepada masalah kehadiran empat kategori pendatang Filipina di rantau ini yang semakin meruncing; \u00a0pelarian, orang tanpa kerakyatan, pendatang tanpa izin dan mereka yang telah memperoleh kad pengenalan Malaysia secara haram.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBaru-baru ini kita telah melihat keputusan timbang tara dibuat terhadap kerajaan Malaysia dan kini kita mempunyai seorang Senator secara terbuka menuntut kerajaannya untuk meneruskan tuntutan mereka kepada Sabah. \u00a0Berapa banyak lagi ancaman kepada Sabah dan rakyatnya harus dibuat supaya kerajaan persekutuan akan mengambil usaha yang serius untuk memutuskan penyelesaian yang komprehensif dan tegas terhadap masalah yang sekian lama dibiarkan berterusan ini?<\/p>\n<p>Kenyataan bersama<\/p>\n<p>Datuk Christina Liew<br \/>\nPengerusi Pakatan Harapan Sabah<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDatuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau<br \/>\nPresiden UPKO<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDatuk Frankie Poon<br \/>\nPengerusi DAP Sabah<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDatuk Dr. Hj. Sangkar Rasam<br \/>\nPengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSdr. Lahirul Latigu<br \/>\nPengerusi AMANAH Sabah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Media Pakatan Harapan Sabah (PH) \u00a0 KOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia seharusnya mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Senator Francis Tolention bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) seharusnya merebut peluang untuk meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah. \u00a0Senator Tolention membuat kenyataan itu berikutan keputusan timbang tara yang dituntut oleh waris Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia. \u00a0 Senator Tolentino [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15647,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[33],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15646","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-sudut-pendapat"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15646","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15646"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15646\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15648,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15646\/revisions\/15648"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15647"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15646"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15646"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15646"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}