{"id":15557,"date":"2022-09-27T15:51:50","date_gmt":"2022-09-27T07:51:50","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15557"},"modified":"2022-09-27T15:51:50","modified_gmt":"2022-09-27T07:51:50","slug":"hajiji-bincang-dan-rangka-inisiatif-tingkatkan-ekonomi-dalam-mesyuarat-som-mabims","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/27\/hajiji-bincang-dan-rangka-inisiatif-tingkatkan-ekonomi-dalam-mesyuarat-som-mabims\/","title":{"rendered":"Hajiji: Bincang dan rangka inisiatif tingkatkan ekonomi dalam Mesyuarat SOM, MABIMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura atau MABIMS Ke-46 perlu dijadikan tempat untuk merangka inisiatif yang memberi impak kepada peningkatan taraf ekonomi umat Islam di negara anggota MABIMS.<br \/>\nKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ia penting terutama selepas pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia yang turut menjejaskan ekonomi seluruh dunia<br \/>\n\u201cPembangunan ekonomi memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan sesebuah negara. Saya berharap mesyuarat ini akan menjadi tempat untuk berbincang sekali gus mencari inisiatif untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di negara anggota MABIMS.<br \/>\n\u201cIni kerana Mesyuarat SOM adalah forum yang amat penting untuk membincangkan isu dan cabaran umat Islam dalam kalangan negara anggota MABIMS, termasuk aspek ekonomi,\u201d katanya sempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Ke- 46 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, hari ini.<br \/>\nMajlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.<br \/>\nMajlis makan malam itu diadakan sempena Mesyuarat SOM, MABIMS Ke-46 Tahun 1444H\/ 2022M.<br \/>\nHajiji berkata pertemuan ini juga penting bagi mengeratkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan negara anggota MABIMS yang lain khususnya ke arah usaha membangunkan umat Islam di rantau nusantara.<br \/>\n\u201cBesarlah harapan saya agar mesyuarat ini bukan saja mengeratkan hubungan sedia ada antara Malaysia dan negara anggota MABIMS, tetapi mampu mengukuhkan lagi kesatuan serta menjadikan umat Islam di negara anggota MABIMS umat yang progresif yang cintakan kedamaian dan keharmonian.<br \/>\n\u201cSaya berharap tahap kerjasama dalam membangun umat Islam di negara anggota MABIMS terus ditingkatkan khususnya dalam aspek daya tahan keagamaan dan mutu kehidupan beragama serta kesejahteraan sosio-ekonomi,\u201d katanya.<br \/>\nSambil mengucapkan selamat datang kepada Ketua-ketua SOM dan delegasinya, beliau berharap jalinan ukhuwah atas dasar Islam terus terjalin erat dan utuh.<br \/>\nBeliau turut berharap delegasi mesyuarat ini akan mengambil peluang melawat tempat menarik dan keindahan laut serta pulau di negeri ini.<br \/>\n\u201cSabah mempunyai penduduk yang terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik yang berbeza dan berlainan agama.<br \/>\n\u201cPerbezaan ini menjadikan negeri Sabah sebuah negeri yang unik serta istimewa berbanding negeri lain di Malaysia. Keharmonian etnik hidup dalam suasana aman damai dan saling hormat menghormati menjadikan negeri Sabah sering menjadi pilihan utama destinasi pelancong dari dalam dan luar negeri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura atau MABIMS Ke-46 perlu dijadikan tempat untuk merangka inisiatif yang memberi impak kepada peningkatan taraf ekonomi umat Islam di negara anggota MABIMS. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ia penting [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15558,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15557","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15559,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15557\/revisions\/15559"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15558"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}