{"id":15549,"date":"2022-09-26T21:39:57","date_gmt":"2022-09-26T13:39:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15549"},"modified":"2022-09-26T21:39:57","modified_gmt":"2022-09-26T13:39:57","slug":"ums-tawar-kelas-bahasa-cina-percuma-kepada-guru-dan-pelajar-smk-gadong-beaufort","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/26\/ums-tawar-kelas-bahasa-cina-percuma-kepada-guru-dan-pelajar-smk-gadong-beaufort\/","title":{"rendered":"UMS tawar kelas Bahasa Cina percuma kepada guru dan pelajar SMK Gadong Beaufort \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>BEAUFORT: Confucius Institute @ Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) merancang untuk menawarkan kursus Bahasa Cina (HSK Tahap 1) secara percuma kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini yang berminat.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPerkara itu disuarakan ketika rombongan CI@UMS yang diketuai Profesor Madya Deng Rong (Pengarah China) dan Profesor Dr Low Kok On (Pengarah Malaysia) mengadakan lawatan di sekolah berkenaan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Low Kok On, HSK ialah peperiksaan yang menawarkan sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSemua pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti China harus mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sijil HSK, Tahap 3.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cCI@UMS turut menyediakan kelas bimbingan secara percuma kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Bahasa Cina HSK,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau berkata demikian semasa sesi taklimat kepada pelajar dan guru SMK Gadong.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nLow Kok On turut menerangkan sejarah, tujuan penubuhan dan aktiviti CI@UMS secara ringkas.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut beliau, CI@UMS ialah sebuah institut pengajaran bahasa dan budaya Cina bagi warga di seluruh Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSelain itu, CI@UMS juga membantu pelajar dari seluruh Sabah yang mengambil peperiksaan HSK di CI@UMS bagi memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka di China,\u201d jelasnya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nHadir sama pada program itu Pengetua SMK Gadong Siti Jubaidah Haji Karia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, seorang pelajar bahasa Cina di CI@UMS, Dr Musnin Misdih turut berkongsi pengalaman beliau kepada pelajar dan guru SMK Gadong.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau yang juga pensyarah di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS berkata, pelajar bukan Cina yang fasih berbahasa Cina akan menguntungkan mereka samada dari segi peluang pekerjaan atau berkomunikasi dengan masyarakat Cina kelak.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKunjungan CI@UMS ke sekolah menengah itu turut menyaksikan pendaftaran para guru dan pelajar untuk mengikuti kelas Bahasa Cina yang dijangka dibuka pada pertengahan Oktober depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT: Confucius Institute @ Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) merancang untuk menawarkan kursus Bahasa Cina (HSK Tahap 1) secara percuma kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini yang berminat. \u00a0 Perkara itu disuarakan ketika rombongan CI@UMS yang diketuai Profesor Madya Deng Rong (Pengarah China) dan Profesor Dr Low Kok On (Pengarah Malaysia) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15550,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15549","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15549","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15549"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15549\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15551,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15549\/revisions\/15551"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15550"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15549"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15549"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15549"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}