{"id":15388,"date":"2022-09-18T19:20:40","date_gmt":"2022-09-18T11:20:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15388"},"modified":"2022-09-18T19:20:40","modified_gmt":"2022-09-18T11:20:40","slug":"hajiji-jentera-srikandi-terus-diperkasakan-hadapi-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/18\/hajiji-jentera-srikandi-terus-diperkasakan-hadapi-pru15\/","title":{"rendered":"Hajiji: Jentera Srikandi terus diperkasakan hadapi PRU15"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa seluruh jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah terus diperkasakan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka tidak lama lagi.<br \/>\nHajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, berkata walaupun parti ini termasuk Srikandi dan Armada sentiasa bersedia tetapi ia perlu diperhebatkan lagi.<br \/>\n\u201cBERSATU di Sabah sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan jentera pilihan raya kita sentiasa aktif memandangkan kita baharu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.<br \/>\n\u201cSaya juga dimaklumkan bahawa jentera Srikandi sudah mengadakan jelajah mereka di kawasan masing-masing. Justeru saya mengarahkan Srikandi agar terus memperkasakan gerak kerja di kawasan Parlimen masing-masing,\u201d katanya sempena Majlis Malam Mesra Srikandi Malaysia bersama Ketua Menteri Sabah di sini, malam tadi.<br \/>\nMengenai majlis itu, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berharap ia dapat mengeratkan lagi dan saling berkongsi pengalaman dalam kalangan Srikandi BERSATU Sabah serta Semenanjung khususnya untuk menghadapi PRU15 ini.<br \/>\nDalam pada itu, Hajiji berkata banyak kejayaan yang dicapai sejak Kerajaan Negeri GRS-BN menerajui negeri ini.<br \/>\n\u201cPada tahun lalu, Sabah mencatat hasil kutipan negeri berjumlah RM5.4 bilion, walaupun dalam keadaan pandemik dan politik yang tidak stabil terutamanya di peringkat Persekutuan.<br \/>\n\u201cMungkin tahun ini hasil negeri akan bertambah lagi dan semua ini adalah hasil dasar yang kita perkenalkan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) selain perpaduan dalam mencapai kejayaan ini,\u201d katanya sambil menambah nilai pelaburan pula sepanjang Januari hingga September adalah sebanyak RM9.9 bilion.<br \/>\nYang turut hadir Ketua Srikandi Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Redonah Bahanda dan Ketua Armada BERSATU Sabah, Fairuz Renddan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa seluruh jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah terus diperkasakan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka tidak lama lagi. Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, berkata walaupun parti ini termasuk Srikandi dan Armada sentiasa bersedia tetapi ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15389,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15388","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15388","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15388"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15390,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15388\/revisions\/15390"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15389"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}