{"id":15202,"date":"2022-09-10T13:33:09","date_gmt":"2022-09-10T05:33:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15202"},"modified":"2022-09-10T13:33:09","modified_gmt":"2022-09-10T05:33:09","slug":"konsep-jelajah-anms-smj-bantu-promosikan-kesejahteraan-kesihatan-rakyat-membudayakan-hidup-sihat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/10\/konsep-jelajah-anms-smj-bantu-promosikan-kesejahteraan-kesihatan-rakyat-membudayakan-hidup-sihat\/","title":{"rendered":"Konsep Jelajah ANMS-SMJ bantu promosikan kesejahteraan kesihatan rakyat, membudayakan hidup sihat"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Konsep Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat \u2013 Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) yang membabitkan perkongsian pintar antara Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri Sabah, tepat pada masanya dalam mempromosikan kesejahteraan kesihatan rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.<br \/>\nIni kerana katanya, Agenda Nasional Malaysia Sihat merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan, bertujuan membudayakan hidup sihat dan melestarikan persekitaran bagi menyokong kesejahteraan Keluarga Malaysia.<br \/>\nBeliau turut menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilihat seiring dengan hala tuju Sabah Maju Jaya kerana ia dapat menyemarakkan dan merakyatkan agenda kerajaan secara meluas di semua lapisan masyarakat.<br \/>\n\u201cMatlamat atau objektif Agenda Nasional Malaysia Sihat ini adalah untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera dengan membudayakan cara hidup sihat, dari aspek fizikal dan mental, serta hidup dalam persekitaran yang bersih.<br \/>\n\u201cObjektif ANMS ini seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi menerusi sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan tetapi juga kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.<br \/>\n\u201cGabungan konsep Agenda Nasional Malaysia Sihat \u2013 Sabah Maju Jaya ini adalah tepat pada masanya. Untuk membangunkan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan di Negeri Sabah kita memerlukan rakyat yang sihat bukan sahaja dari aspek fizikal malah mempunyai kesejahteraan mental,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat-Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) peringkat negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.<br \/>\nSehubungan itu Ketua Menteri berkata bagi menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, ia memerlukan anggota perkhidmatan awam atau swasta yang sihat dan mempunyai kesihatan mental yang baik.<br \/>\n\u201cOleh itu, saya menyeru semua rakyat Sabah agar membudayakan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat, bijak menangani stres, tidak merokok dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitaran.<br \/>\n\u201cSaya juga menyeru rakyat negeri ini agar tampil melakukan saringan kesihatan terutama kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Ini adalah penting untuk kebaikan kita sendiri,\u201d katanya.<br \/>\nDalam perkembangan yang sama, Hajiji turut meminta Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) untuk melihat dan mengkaji keperluan pembangunan prasarana kesihatan di Sabah terutamanya dari segi naik taraf hospital daerah kepada hospital berpakar dan naik taraf klinik kesihatan.<br \/>\n\u201cKerajaan negeri juga mahu agar klinik kesihatan yang masih beroperasi menggunakan bangunan kayu di negeri ini, supaya dinaik taraf dan digantikan dengan bangunan konkrit.<br \/>\n\u201cIni bagi menampung keperluan rawatan dan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar. Bagi aspek pembangunan modal insan penduduk negeri Sabah, saya berharap lebih ramai anak muda Sabah diberi keutamaan peluang pekerjaan untuk menceburi bidang kesihatan dan perubatan,\u201d katanya.<br \/>\nSementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan memberi biasiswa dan pinjaman kepada anak-anak Sabah yang akan mengikuti bidang perubatan di institut pengajian tinggi (IPT).<br \/>\n\u201cDalam hal ini, saya akan minta Yayasan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mengambil perhatian serius terhadap permohonan anak Sabah yang mengikuti jurusan perubatan.<br \/>\n\u201cDi samping itu, pertambahan kuantiti pakar-pakar perubatan juga sangat diperlukan di Sabah dan saya berharap perkara ini akan diberi perhatian sewajarnya,\u201d katanya.<br \/>\nKatanya, kerajaan negeri bersama rakan strategik akan terus memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat di negeri ini.<br \/>\nYang turut hadir Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Exco Kesihatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya; pembantu-pembantu Menteri Kabinet negeri; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Konsep Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat \u2013 Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) yang membabitkan perkongsian pintar antara Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri Sabah, tepat pada masanya dalam mempromosikan kesejahteraan kesihatan rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Ini kerana katanya, Agenda Nasional Malaysia Sihat merupakan pakej kesejahteraan kesihatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15203,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15202","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15204,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15202\/revisions\/15204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}