{"id":15025,"date":"2022-09-03T16:48:48","date_gmt":"2022-09-03T08:48:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15025"},"modified":"2022-09-03T16:48:48","modified_gmt":"2022-09-03T08:48:48","slug":"musuh-kemerdekaan-dalam-program-terjah-minda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/03\/musuh-kemerdekaan-dalam-program-terjah-minda\/","title":{"rendered":"Musuh Kemerdekaan dalam program Terjah Minda"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Terjah Minda, salah satu Program Cintai Ilmu anjuran Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menampilkan Penyelaras Program Gugusan Falsafah dan Isu Semasa, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Dr. Nordi Achie yang membicarakan topik \u2018Musuh Kemerdekaan\u2019 telah berlangsung baru-baru ini.<\/p>\n<p>Program tersebut disiarkan secara dalam talian di Facebook rasmi Perpustakaan UMS.<\/p>\n<p>Menurut Dr. Nordi, musuh-musuh kemerdekaan itu adalah bermula daripada diri kita sendiri iaitu perangai, sikap dan pemikiran.<\/p>\n<p>\u201cPemikiran itulah yang mencetuskan dan mempengaruhi sikap serta perangai kita sebagai rakyat Malaysia yang mesti kita waspada, kerana mungkin kita tidak menyedari perangai kita inilah yang merupakan musuh kepada negara, rakyat dan kemerdekaan.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya kita mengenali kelemahan dan kekuatan diri kita sendiri, namun kita tidak mengenali kekuatan dan kelemahan musuh dan dalam konteks wacana ini, musuh kemerdekaan, peluang kita untuk ditewaskan oleh musuh lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cJadi, inilah pentingnya kita mengenali siapa musuh kemerdekaan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga menambah, antara musuh-musuh lain ialah malas, cuai dan perasaan takut dalam diri.<\/p>\n<p>\u201cKemalasan berbeza dengan kelecehan. Kita mungkin berasa leceh kalau disuruh mencabut uban, tetapi malas adalah perkara asas yang penting, misalnya disuruh membaca dan belajar tetapi kita tidak mahu, itulah ertinya malas.<\/p>\n<p>\u201cKenapa negara kita masih lagi ditakuk yang lama, masih lagi menjadi negara membangun, negara mundur ataupun negara yang masih miskin dari segi teknologi dan industri global kerana disebabkan oleh sikap 3C iaitu cuai, cincai dan cikai.<\/p>\n<p>\u201cPerasaan cemas dan takut, membuat individu sanggup menerima rasuah kerana apa yang ada pada diri sentiasa berasa tidak cukup, sebab itulah masalah rasuah di negara ini semakin berleluasa dan semakin bermaharajalela,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan yang banyak syarikat di negara kita mengalami kerugian dan banyak kes mengenai penyelewengan disebabkan cuai memegang amanah negara dan rakyat.<\/p>\n<p>Selain itu, sikap kikir pemerintah yang murah hati terhadap diri mereka sendiri tetapi kedekut terhadap rakyat mengakibatkan dasar seperti ini tidak membantu rakyat.<\/p>\n<p>\u201cItulah perbezaan antara pemimpin dengan ketua. Pemimpin sanggup korbankan kepentingan dirinya untuk rakyat tetapi seorang ketua berbeza mentalnya yang sanggup mengorbankan kepentingan rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri.<\/p>\n<p>\u201cDan yang terakhir ialah sikap tamak sepertimana ketamakan negara-negara kaya dan maju tidak mahu melihat negara mundur atau miskin dapat maju dan kaya seperti negara mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Di akhir wacana, Dr. Nordi turut mengajak seluruh warga UMS khasnya dan rakyat Malaysia agar dapat menentang musuh-musuh kemerdekaan yang dinyatakannya itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Terjah Minda, salah satu Program Cintai Ilmu anjuran Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menampilkan Penyelaras Program Gugusan Falsafah dan Isu Semasa, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Dr. Nordi Achie yang membicarakan topik \u2018Musuh Kemerdekaan\u2019 telah berlangsung baru-baru ini. Program tersebut disiarkan secara dalam talian di Facebook rasmi Perpustakaan UMS. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15026,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15025","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15025","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15025"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15025\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15027,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15025\/revisions\/15027"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15026"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15025"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15025"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15025"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}