{"id":15021,"date":"2022-09-02T23:16:40","date_gmt":"2022-09-02T15:16:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=15021"},"modified":"2022-09-02T23:16:40","modified_gmt":"2022-09-02T15:16:40","slug":"ums-terima-anugerah-johan-dan-naib-johan-raih-hadiah-rm15000-pada-akri-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/09\/02\/ums-terima-anugerah-johan-dan-naib-johan-raih-hadiah-rm15000-pada-akri-2022\/","title":{"rendered":"UMS terima anugerah johan dan naib johan, raih hadiah RM15,000 pada AKRI 2022"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian cemerlang apabila meraih dua anugerah pada majlis Anugerah Khas Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022, di sini hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nAnugerah pertama diperoleh menerusi Timbalan Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan (PKPKP) UMS, Dr. Nur Thara Atikah Zainal dengan inovasi pengajaran bertajuk PEERS: The Digital Siswapreneurship Learning Process.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dinobatkan sebagai Johan bagi peserta individu kategori Pengajaran Transformatif sekali gus membawa pulang hadiah wang bernilai RM10,000.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPencapaian membanggakan itu terus disemarakkan dengan sebuah lagi kemenangan yang diperoleh melalui penyertaan berkumpulan diketuai Prof. Madya Ts. Dr. Kamaruddin Abd. Hamid dari Fakulti Kejuruteraan UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDengan tajuk Blended-Cooperative Learning Environment for Immersive Learning Experiences in Process Simulation Course, kumpulan tersebut yang turut dianggotai Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan dan Dr. Mariani Rajin muncul Naib Johan dalam kategori Pembelajaran Imersif (Teradun) untuk menerima hadiah wang bernilai RM5,000.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMajlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nHadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS, Dr. Denis Andrew D. Lajium.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUntuk rekod, AKRI diperkenalkan sejak tahun 2017 bagi mengiktiraf inisiatif pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di peringkat institusi pengajian tinggi dan peserta individu. \u00a0<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada tahun ini, sebanyak 220 penyertaan telah diterima merangkumi empat kategori yang dipertandingkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian cemerlang apabila meraih dua anugerah pada majlis Anugerah Khas Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022, di sini hari ini. \u00a0 Anugerah pertama diperoleh menerusi Timbalan Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan (PKPKP) UMS, Dr. Nur Thara Atikah Zainal dengan inovasi pengajaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":15022,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-15021","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15021","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15021"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15021\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15023,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15021\/revisions\/15023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15022"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15021"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15021"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15021"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}