{"id":14569,"date":"2022-08-11T17:43:21","date_gmt":"2022-08-11T09:43:21","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14569"},"modified":"2022-08-11T17:43:21","modified_gmt":"2022-08-11T09:43:21","slug":"ums-anjur-seminar-teliti-tingkah-laku-masyarakat-semasa-pandemik-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/08\/11\/ums-anjur-seminar-teliti-tingkah-laku-masyarakat-semasa-pandemik-covid-19\/","title":{"rendered":"UMS Anjur Seminar Teliti Tingkah Laku Masyarakat Semasa Pandemik COVID-19"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU \u2013 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Seminar Eksplorasi Pengetahuan dan Tingkah Laku (SEPT-COVID19) 2022, hari ini.<br \/>\nSeminar tersebut bertujuan membincangkan dapatan kajian dan rumusan tentang perspektif dan tingkah laku masyarakat terhadap kehidupan semasa pandemik COVID-19.<br \/>\nMenurut Ketua Pegawai Eksekutif Institute Development Studies (IDS), Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, penyelidikan memainkan peranan penting dalam menambahkan pengetahuan sekali gus membimbing manusia untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik.<br \/>\nKatanya, penerokaan idea dan ilmu baharu daripada hasil penyelidikan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat khususnya di negeri Sabah.<br \/>\n\u201cKerajaan melalui agensi-agensi di peringkat persekutuan dan negeri peka kepada ekosistem yang kondusif dalam menggalakkan lebih banyak penyelidikan bagi penghasilan pengkalan data khusus berkaitan dengan pandemik COVID-19.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya percaya, terdapat cabaran berkaitan pasca pandemik melalui era endemik yang perlu ditangani oleh penyelidik-penyelidik bidang sains sosial dan kemanusiaan,\u201d kata beliau.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTambah Ramzah, kerjasama dalam kalangan pihak penyelidik di universiti dan masyarakat perlu dilaksanakan untuk meningkatkan keterlihatan maklumat berkaitan gaya hidup, persepsi dan maklum balas masyarakat terhadap dasar kerajaan terutama berkaitan dengan kesihatan awam dan perubatan secara umum.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya menaruh sepenuh keyakinan dan impian bahawa acara hari ini akan dapat menggalakkan kerjasama, percambahan serta penggunaan ilmu oleh pelbagai pihak secara berterusan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIni dapat dilakukan melalui perkongsian maklumat strategik agensi kerajaan, pengalaman orang awam dan amalan terbaik dalam kalangan penyelidik, kerjasama berterusan oleh ahli-ahli masyarakat dan juga semua pihak yang berkepentingan,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, Dekan FSSK Profesor Madya Dr. Asmady Idris berkata penganjuran seminar tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan situasi negara menuju ke arah fasa endemik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSeminar ini bukan sekadar untuk melihat dapatan kajian, malah ianya penting untuk membuka ruang perbincangan antara peserta dan menghasilkan satu dapatan secara ilmiah dan saintifik yang dapat memberi manfaat kepada negara,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSeminar yang dijalankan secara maya itu membentangkan 10 kertas kerja merangkumi pelbagai cabang bidang sains sosial dan kemanusiaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU \u2013 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Seminar Eksplorasi Pengetahuan dan Tingkah Laku (SEPT-COVID19) 2022, hari ini. Seminar tersebut bertujuan membincangkan dapatan kajian dan rumusan tentang perspektif dan tingkah laku masyarakat terhadap kehidupan semasa pandemik COVID-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institute Development Studies (IDS), Profesor Madya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14570,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[26],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14569","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-community"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14569","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14569"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14571,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14569\/revisions\/14571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}