{"id":14473,"date":"2022-08-08T15:09:42","date_gmt":"2022-08-08T07:09:42","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14473"},"modified":"2022-08-08T15:09:42","modified_gmt":"2022-08-08T07:09:42","slug":"500-peserta-jayakan-webinar-gegar-kampus-pemadam-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/08\/08\/500-peserta-jayakan-webinar-gegar-kampus-pemadam-ums\/","title":{"rendered":"500 peserta jayakan Webinar GEGAR Kampus PEMADAM UMS \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta menjayakan Program Webinar Generational End Game Anti Rokok (GEGAR) Kampus anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBertemakan Generational End-Game, para peserta didedahkan dengan peri pentingnya pembentukan generasi bebas rokok pada masa hadapan serta bahaya penggunaan rokok elektronik (Vape).<br \/>\n\u00a0<br \/>\nProgram secara dalam talian itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Biro Pengajian Tinggi dan Kelab PEMADAM (Sektor Swasta), Dr. Juliana Rosmidah Jaafar.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKatanya, program itu bertepatan dengan salah satu objektif penganjuran iaitu pendedahan tentang impak negatif tabiat merokok dalam kalangan orang ramai khususnya golongan belia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPenganjuran webinar ini bertujuan memantapkan kesedaran warga kampus mengenai Generational End-Game yang bakal menamatkan generasi perokok dan penyalahgunaan dadah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cUntuk makluman, konsep Generational-End-Game dan Dasar Dadah Negara mempunyai matlamat ke arah \u2018Dadah Terkawal 2025\u2019.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya percaya matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai kerjasama daripada semua pihak,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nWebinar tersebut dihadiri pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, penjawat awam, dan orang ramai.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nIa turut menampilkan dua penceramah jemputan iaitu Ketua Penolong Sektor Kawalan Tembakau dan Urus Setia Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau\u00a0 (FCTC) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Muaz Sayuti; dan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Haazik Mohamed.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, Pengarah Program GEGAR Kampus, Afrina Shafri Khan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan webinar sehari tersebut.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya ingin merakamkan penghargaan kepada PEMADAM Kebangsaan, KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, UMS, panel penceramah, para peserta, dan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta menjayakan Program Webinar Generational End Game Anti Rokok (GEGAR) Kampus anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini. \u00a0 Bertemakan Generational End-Game, para peserta didedahkan dengan peri pentingnya pembentukan generasi bebas rokok pada masa hadapan serta bahaya penggunaan rokok elektronik (Vape). \u00a0 Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14474,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14473","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14475,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14473\/revisions\/14475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}