{"id":14353,"date":"2022-08-03T21:15:30","date_gmt":"2022-08-03T13:15:30","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14353"},"modified":"2022-08-03T21:15:30","modified_gmt":"2022-08-03T13:15:30","slug":"pdrm-akan-kaji-semula-pemindahan-anggota-terlibat-salah-laku-ke-sabah-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/08\/03\/pdrm-akan-kaji-semula-pemindahan-anggota-terlibat-salah-laku-ke-sabah-sarawak\/","title":{"rendered":"PDRM akan kaji semula pemindahan anggota terlibat salah laku ke Sabah, Sarawak"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pertukaran\u00a0sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Gombak baru-baru ini,\u00a0ke Sabah dan Sarawak akan dikaji semula.<br \/>\nPejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah membuat semakan dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, dan dimaklumkan bahawa belum ada anggota yang dimaksudkan melaporkan diri di Kontinjen Polis Sarawak setakat ini.<br \/>\nMenurut kenyataan itu Kerajaan Sarawak menyambut baik usaha PDRM bagi menambah\u00a0bilangan anggota untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan demi kesejahteraan rakyat Sarawak, namun berharap PDRM menempatkan pegawai dan anggota yang berintegriti tinggi serta bebas dari sebarang siasatan jenayah.<br \/>\n\u201cPDRM menyambut baik saranan kerajaan Sarawak dan memaklumkan bahawa keputusan pertukaran itu akan dikaji semula oleh pucuk pimpinan PDRM,\u201d menurut kenyataan itu.<br \/>\nSementara itu dalam kenyataan berasingan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada PDRM\u00a0berhubung perkara itu.<br \/>\nBeliau juga meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan seumpama itu dilaksanakan.<br \/>\n\u201cKerajaan Negeri Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak, tanpa mendapat pandangan dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu.<br \/>\n\u201cSaya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,\u201d katanya.<br \/>\nTimbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi sebelum ini dilaporkan berkata sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pertukaran\u00a0sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Gombak baru-baru ini,\u00a0ke Sabah dan Sarawak akan dikaji semula. Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah membuat semakan dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, dan dimaklumkan bahawa belum ada anggota yang dimaksudkan melaporkan diri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14354,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14353","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14353","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14353"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14355,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14353\/revisions\/14355"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14354"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}