{"id":14322,"date":"2022-08-02T18:25:55","date_gmt":"2022-08-02T10:25:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14322"},"modified":"2022-08-02T18:25:55","modified_gmt":"2022-08-02T10:25:55","slug":"hums-beri-latihan-dbt-kepada-30-guru-di-kudat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/08\/02\/hums-beri-latihan-dbt-kepada-30-guru-di-kudat\/","title":{"rendered":"HUMS beri latihan DBT kepada 30 guru di Kudat \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 30 guru kaunseling sekolah menengah dan sekolah rendah di Kudat menerima latihan Terapi Tingkah Laku Dialektikal (DBT) daripada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), baru-baru ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTimbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi HUMS Dr Nicholas Pang berkata, latihan itu diberikan bersempena Program KPT Prihatin\u00a0Komuniti Sejahtera (KRIS), sebuah program di bawah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cDBT merupakan intervensi psikologi yang mempunyai keberkesanan saintifik bagi mengurangkan pemikiran ingin membunuh atau mencederakan diri sendiri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIa bagi membendung masalah kesihatan mental terutamanya dalam kalangan remaja atau pelajar sekolah yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Nicholas, HUMS percaya bahawa kelestarian adalah asas kepada perkhidmatan kesihatan yang berkesan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cJusteru, usaha untuk memindahkan pengetahuan (knowledge trasnfer) dari HUMS kepada guru-guru kaunseling di Kudat ini mampu memperkasakan mereka untuk memberi intervensi kepada pelajar di sekolah masing-masing.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSebelum ini, intervensi hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cNamun, DBT yang berpusatkan sekolah adalah jauh lebih lestari berbanding DBT berpusatkan HUMS atau hospital-hospital lain. Ia diharapkan dapat memainkan peranan sebagai \u201cpencegahan primer\u201d untuk para remaja di daerah berkenaan,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUjar Nicholas, ia secara tidak langsung turut meningkatkan taraf kesihatan mental di seluruh daerah Kudat serta mampu menangani pandemik kesihatan mental yang kini melanda seluruh sekolah di Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cUntuk makluman, kesemua guru yang terlibat dilatih dalam kemahiran DBT secara dalam talian selama lima sesi berturut-turut.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cLatihan ini turut melibatkan pensyarah jemputan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Melissa Hadi.\u201d<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, Nicholas turut memaklumkan bahawa HUMS berkolaborasi dengan Monash Universiti Melbourne cawangan Kuala Lumpur untuk mengadaptasi intervensi DBT kepada kebudayaan serta diterjemah ke bahasa Melayu.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIni merupakan satu projek jangka waktu panjang yang melibatkan penterjemahan semua bahan intervensi serta skrip dialog intervensi.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIa juga merangkumi, uji cuba dalam kumpulan sasaran serta penganjuran program Training of Trainers,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 30 guru kaunseling sekolah menengah dan sekolah rendah di Kudat menerima latihan Terapi Tingkah Laku Dialektikal (DBT) daripada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), baru-baru ini. \u00a0 Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi HUMS Dr Nicholas Pang berkata, latihan itu diberikan bersempena Program KPT Prihatin\u00a0Komuniti Sejahtera (KRIS), sebuah program di bawah inisiatif Kementerian Pengajian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14323,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14322","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14322"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14324,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14322\/revisions\/14324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14323"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}