{"id":14282,"date":"2022-07-31T14:53:06","date_gmt":"2022-07-31T06:53:06","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14282"},"modified":"2022-07-31T14:53:06","modified_gmt":"2022-07-31T06:53:06","slug":"penduduk-jalani-kehidupan-lebih-selamat-sejak-kewujudan-esscom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/31\/penduduk-jalani-kehidupan-lebih-selamat-sejak-kewujudan-esscom\/","title":{"rendered":"Penduduk jalani kehidupan lebih selamat sejak kewujudan ESSCom"},"content":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) menjalani kehidupan harian dengan rasa lebih selamat\u00a0dan mereka menyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).<br \/>\nMenurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan\u00a0komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan\u00a0Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung\u00a0ESSCom.<br \/>\nJawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bakapit di sini Mohd Shah Abd Hassan berkata rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut menyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.<br \/>\n&#8220;Sebelum ada ESSCom, penduduk kampung takut-takut keluar cari rezeki\u00a0kalau sudah lewat disebabkan kedudukan kampung yang hampir dengan laut, (tetapi kini) pasukan keselamatan komited mengawal keselamatan,&#8221; katanya kepada Bernama.<br \/>\nMohd Shah, 55, berkata jalinan kerjasama komuniti Kampung Bakapit dan pasukan keselamatan juga membantu mengukuhkan keselamatan melalui perkongsian maklumat.<br \/>\nBagi JPKK Kampung Remang Juliana Binjin pula menganggap inisiatif kerajaan menubuhkan ESSCom itu umpama memberi peluang kedua untuk hidup sejahtera kerana kejadian pencerobohan pengganas di Tanduo pada 2013\u00a0menimbulkan trauma kepada penduduk Lahad Datu.<br \/>\n&#8220;Ada ESSCom ini rasa lebih terjamin, kerana kita nampak mereka bekerja,&#8221; katanya lagi.\u00a0<br \/>\nJuliana, 48, turut mencadangkan kepada kerajaan agar dapat mempertimbangkan pewujudan pos kawalan ESSCom di pesisir pantai.<br \/>\nBegitu juga peniaga kedai runcit di Kampung Ulu Segangan di sini Abd Hamid Abd Rasyid, 58, yang mencadangkan pos keselamatan di perkampungan atas air dapat diwujudkan bagi membanteras sebarang penyamaran penjenayah rentas sempadan menjadi penduduk kampung.<br \/>\n&#8220;Kalau kita lihat dari segi statistik sebelum ini, ESSCom berjaya mengekang beberapa cubaan menculik. Bila berlakunya penculikan, itu tidak bererti ESSCom tidak lagi berkesan.\u00a0<br \/>\n&#8220;Sebaliknya kita perlu tokok tambah kekurangan untuk memantapkan lagi kawalan di ESSZone agar tidak mudah dibolosi termasuk pendatang haram,&#8221; katanya.<br \/>\nMenurut Abd Hamid, ESSCom sentiasa relevan untuk menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan di perairan ESSZone dan pihak tertentu jangan mempolitikkan usaha kerajaan melalui pasukan keselamatan menjaga kedaulatan negara.<br \/>\nDi Semporna, pengusaha rumpai laut Manan Aliraman, 50, dari Pulau Menampilik\u00a0pula berkata nikmat keselamatan yang dikecapi rakyat di Semporna tidak datang sendiri sebaliknya ia melalui usaha bersungguh-sungguh dan berterusan pihak kerajaan.<br \/>\n&#8220;Semporna suatu ketika dahulu dikenali sebagai daerah yang begitu ditakuti untuk dikunjungi masyarakat luar kerana wujud ancaman keselamatan di sini, tapi sekarang, lihatlah banyak pelancong mahu ke sini,&#8221; katanya.<br \/>\nMalahan menurut Manan, keamanan itu juga memudahkannya untuk keluar mencari sumber rezeki\u00a0seperti ke laut bagi menanam serta menuai rumpai laut.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) menjalani kehidupan harian dengan rasa lebih selamat\u00a0dan mereka menyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom). Menurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan\u00a0komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan\u00a0Agensi Penguatkuasaan Maritim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14283,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14282","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14282","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14282"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14282\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14284,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14282\/revisions\/14284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14282"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14282"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14282"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}