{"id":14229,"date":"2022-07-29T17:10:09","date_gmt":"2022-07-29T09:10:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14229"},"modified":"2022-07-29T17:10:09","modified_gmt":"2022-07-29T09:10:09","slug":"qeh-ums-dan-clapam-anjur-karnival-klef-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/29\/qeh-ums-dan-clapam-anjur-karnival-klef-sabah\/","title":{"rendered":"QEH, UMS dan CLAPAM Anjur Karnival Klef Sabah"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU \u2013 Hospital Queen Elizabeth (QEH), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) menganjurkan Sabah Cleft Carnival 2022 yang meliputi aktiviti simposium, klinik bersepadu rawatan serta pembedahan klef bagi kanak-kanak di Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKarnival selama lima hari itu mengumpulkan 17 pakar multidisiplin dari seluruh negara bagi membincangkan isu-isu berkaitan klef bersama ibu bapa serta kakitangan perubatan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata perkongsian itu dilihat dapat memberi sokongan kepada ibu bapa untuk mendapatkan ilmu serta pengalaman daripada keluarga lain yang turut mempunyai anak klef.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIni penting untuk membina rasa kemasyarakatan dan menerima sokongan secara mental dan emosional selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi program klef atau mana-mana program perubatan yang diperlukan oleh rakyat di Sabah,\u201d katanya ketika merasmikan karnival tersebut di UMS pada Khamis.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSabah Cleft Carnival 2022 merupakan hasil kerjasama strategik Unit Pembedahan Plastik HQE, Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS dan CLAPAM.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTambah Shahelmey, program seumpama itu merupakan satu program yang amat baik bagi kumpulan sasar khususnya kanak-kanak klef untuk menjalani pembedahan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya mengalu-alukan usaha murni ini dan saya difahamkan Sabah Cleft Carnival ini telah bermula sejak 2014 dan terhenti pada tahun lalu akibat pandemik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cDan pada kali ini ianya disambung semula. Sudah tentu dengan adanya program seumpama ini, kes-kes tertunggak yang memerlukan pembedahan klef di Sabah akan dapat ditangani,\u201d ujarnya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berharap sinergi program antara agensi Kementerian kesihatan Malaysia dan UMS dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dalam bidang disiplin perubatan lain demi kesejahteraan masyarakat khususnya di Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKepada ibu bapa serta peserta simposium, semoga bersama-sama memperoleh dan menikmati perkongsian ilmu pada hari ini.\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada karnival tersebut, seramai 30 kanak-kanak disaring dan dikenal pasti untuk menjalani pembedahan khas baik pulih klef di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah dan Hospital Queen Elizabeth.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSetiap tahun, dianggarkan 800 hingga 1,000 bayi klef dilahirkan di Malaysia.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTurut hadir pada karnival tersebut, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Malaysia, Profesor Datuk Kalaiarasu M. Peariasamy; Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. William Gotulis dan Pengarah Hospital UMS, Dr. Helen Lasimbang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU \u2013 Hospital Queen Elizabeth (QEH), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) menganjurkan Sabah Cleft Carnival 2022 yang meliputi aktiviti simposium, klinik bersepadu rawatan serta pembedahan klef bagi kanak-kanak di Sabah. \u00a0 Karnival selama lima hari itu mengumpulkan 17 pakar multidisiplin dari seluruh negara bagi membincangkan isu-isu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14230,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14229","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14231,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14229\/revisions\/14231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}