{"id":14190,"date":"2022-07-28T11:14:20","date_gmt":"2022-07-28T03:14:20","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14190"},"modified":"2022-07-28T11:14:20","modified_gmt":"2022-07-28T03:14:20","slug":"kempen-belilah-barangan-buatan-sabah-beri-impak-positif-rancakkan-kembali-sektor-perniagaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/28\/kempen-belilah-barangan-buatan-sabah-beri-impak-positif-rancakkan-kembali-sektor-perniagaan\/","title":{"rendered":"Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah beri impak positif, rancakkan kembali sektor perniagaan"},"content":{"rendered":"<p>PAPAR: empen Belilah Barangan Buatan Sabah yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor awal tahun ini menunjukkan impak positif sekaligus merancakkan kembali sektor perniagaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk tempatan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kempen anjuran Kementeriannya ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kewujudan dan kualiti barangan buatan tempatan di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya ingin menyeru semua lapisan masyarakat untuk menyahut kempen Kerajaan yang bertemakan \u201cBelilah Barangan Buatan Sabah, Mantap bah ini gaman!\u201d,\u201d katanya semasa merasmikan pembukaan Pusat Produk IKS Sabah (IKS Mart Papar) di Papar Square, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Dr. Joachim, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID), telah melaksanakan beberapa program untuk membantu usahawan Sabah, seperti bantuan meningkatkan mutu produk melalui pemberian mesin, kursus-kursus pembungkusan (packaging) dan perlabelan, dan bantuan pemasaran produk IKS (industri kecil dan sederhana) melalui kerjasama dengan Kedai Mesra PETRONAS dan Pasaraya BATARAS.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya, MID melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) juga sedang dalam usaha berkolaborasi dengan GM Klang, Pasaraya Segi Fresh dan Fasarina Express Mart Labuan bagi memasarkan produk buatan Sabah.<\/p>\n<p>\u201cDIDR juga telah mewujudkan kedai IKS di Kota Kinabalu, Beaufort, Ranau dan pada hari ini di Papar. Ini bertujuan untuk memasarkan produk Sabah dan membantu usahawan yang mengendalikan kedai IKS.<\/p>\n<p>\u201cKedai IKS ini diwujudkan khas untuk membantu pengusaha (usahawan) menjadi \u2018taukeh sendiri\u2019. Kita bantu sedikit tetapi pengusaha perlu membantu diri sendiri dengan lebih berlipat kali ganda,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau berkata, jumlah hasil jualan melalui kolaborasi dengan pasaraya Bataras, Kedai Mesra Petronas, Pusat Produk IKS di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau semenjak program-program ini dimulakan telah mencapai RM5.9 juta.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSyabas dan tahniah diucapkan kepada DIDR atas pencapaian ini. Saya menyeru semua usahawan Sabah terus menyokong IKS Mart yang telah dibuka dengan menghantar produk-produk mereka termasuk di IKS Mart Papar yang dibuka hari ini yang menjual sekurang-kurangnya 80% daripada produk-produknya adalah terdiri daripada barangan buatan Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cBantuan Kerajaan ini tidak dapat diberikan sepanjang masa kepada usahawan. Bagi yang sudah menerima bantuan, diharap akan mempertingkatkan lagi prestasi sendiri,\u201d tambahnya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDr. Joachim juga berharap Pusat-pusat Produk IKS yang telah dalam perancangan di daerah Tuaran, Kota Marudu, Keningau Tawau dan lain-lain dapat direalisasikan dengan secepat mungkin agar produk-produk buatan Sabah dapat dipasarkan ke setiap pelusuk negeri Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKementerian saya mahu para usahawan bukan sahaja memfokuskan kepada pasaran domestik tetapi perlu berpandangan lebih jauh ke hadapan dengan memasarkan produk mereka ke peringkat\u00a0nasional dan antarabangsa.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cDalam hal ini, pihak DIDR telah membawa para pengusaha ke luar negara dalam acara ekspo-ekspo luar negara iaitu di World Dubai Expo 2020, Thaifex 2022 serta Malaysia Fest 2022 di Singapura dan juga ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) pada bulan Ogos nanti. <\/p>\n<p>\u201cIni merupakan cara kita membantu usahawan IKS mempromosi dan memasarkan produk mereka ke peringkat global. Penyertaan usahawan tempatan ke ekspo pameran luar negara ini merupakan platform penting untuk memberi pendedahan serta mencari peluang-peluang perniagaan yang baharu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menyentuh tentang Pusat Produk IKS Papar ini, beliau berkata, ia merupakan pusat jualan produk IKS yang keempat selepas Kota Kinabalu, Beaufort, Ranau yang telah beroperasi dengan lancarnya. <\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur yang diterajui oleh Pengarah DIDR kerana berjaya menganjurkan majlis perasmian pusat IKS Sabah daerah Papar pada pagi yang mulia ini,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd. Tamin Zainal serta Pejabat Daerah Papar dan semua agensi yang terlibat menganjurkan majlis pada pagi ini dengan jayanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: empen Belilah Barangan Buatan Sabah yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor awal tahun ini menunjukkan impak positif sekaligus merancakkan kembali sektor perniagaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk tempatan. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kempen anjuran Kementeriannya ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14191,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14190","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14192,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14190\/revisions\/14192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14191"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}