{"id":14077,"date":"2022-07-22T17:58:13","date_gmt":"2022-07-22T09:58:13","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14077"},"modified":"2022-07-22T17:58:13","modified_gmt":"2022-07-22T09:58:13","slug":"isteri-km-program-back-to-nature-tingkatkan-pendapatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/22\/isteri-km-program-back-to-nature-tingkatkan-pendapatan\/","title":{"rendered":"Isteri KM: Program Back To Nature tingkatkan pendapatan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Program \u2018Back To Nature\u2019 mampu membantu golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) mempelajari kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan, terutama selepas pandemik COVID-19 ini.<br \/>\nIsteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, berkata menerusi program ini, mereka akan dibekalkan dengan latihan kemahiran seni \u2018Natural Dye\u2019 dan \u2018Eco Printing\u2019 serta latihan keusahawanan supaya dapat menghasilkan produk seterusnya sebagai sumber pendapatan.<br \/>\n\u201cSaya mengucapkan syabas kepada Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia atau PSJKM Sabah dan Sarawak, Thien Tsui Yan dan juga pasukannya yang memberi peluang kepada wanita di Sabah terutama golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal, dan OKU untuk mempelajari kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan.<br \/>\n\u201cProgram \u2018Back To Nature\u2019 menyasarkan untuk melahirkan seramai 500 usahawan yang akan dberikan latihan kemahiran seni Natural Dye dan Eco Printing serta latihan keusahawanan supaya mereka dapat menghasilkan produk dan memasarkannya sendiri kepada pelanggan.<br \/>\n\u201cProgram ini juga akan mendekatkan diri kita dengan alam sekitar dan merupakan satu idea yang baik bagi mendidik masyarakat untuk bersahabat dengan alam, memastikan keindahannya masih dapat dinikmati oleh generasi akan datang,\u201d katanya ketika merasmikan Program Back To Nature di Suria Sabah Shopping Mall di sini, pada Jumaat.<br \/>\nProgram anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) itu bertemakan `Vaksinasi Cegah COVID-19, Kemahiran Cegah Kemunduran\u2019.<br \/>\nDalam pada itu, Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berkata selain 500 golongan sasar yang menyertai program Back To Nature, seramai 1,043 lagi yang telah memohon untuk mengikuti kursus anjuran PSJKM dan kini berada dalam senarai menunggu.<br \/>\nDalam perkembangan berkaitan, beliau berkata negara yang kini berada dalam fasa endemik, bukanlah alasan untuk rakyat tidak produktif.<br \/>\nKatanya, walaupun rakyat harus terus berwaspada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan COVID-19, namun ia bukan penghadang untuk rakyat terus menimba ilmu demi mencari rezeki dan meningkatkan punca mata pencarian.<br \/>\n\u201cPenjualan produk Natural Dye dan Eco Printing, produk yang mesra alam ini juga sudah mula dipraktikkan secara meluas dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa,\u201d katanya,<br \/>\nJuliah berkata, PSJKM sendiri mempunyai platform perniagaan dalam talian iaitu The Tunku Azizah Handmade Market Online yang kini mempunyai seramai 213 orang perintis yang berjaya menjana pendapatan melaluinya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Program \u2018Back To Nature\u2019 mampu membantu golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) mempelajari kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan, terutama selepas pandemik COVID-19 ini. Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, berkata menerusi program ini, mereka akan dibekalkan dengan latihan kemahiran seni \u2018Natural [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14078,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14077","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14077","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14077"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14077\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14079,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14077\/revisions\/14079"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14078"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14077"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14077"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14077"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}