{"id":14006,"date":"2022-07-20T13:11:10","date_gmt":"2022-07-20T05:11:10","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=14006"},"modified":"2022-07-20T20:18:03","modified_gmt":"2022-07-20T12:18:03","slug":"ewon-cadang-agensi-khas-bangunkan-dengan-lebih-agresif-daerah-termiskin-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/20\/ewon-cadang-agensi-khas-bangunkan-dengan-lebih-agresif-daerah-termiskin-di-sabah\/","title":{"rendered":"Ewon cadang agensi khas bangunkan dengan lebih agresif daerah termiskin di Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan agensi khas bagi membangunkan daerah-daerah termiskin di Sabah dengan lebih agresif.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Kerajaan tidak boleh melaksanakan pendekatan-pendekatan sedia ada dan cara kerja yang sama bagi mengeluarkan daerah-daerah termiskin ini daripada kepompong kemiskinan.<\/p>\n<p>Lapan daerah di Sabah yang tersenarai sebagai daerah termiskin di Malaysia ialah Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan.<\/p>\n<p>\u201cSaya mendengar jawapan daripada Menteri mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membasmi kemiskinan di daerah-daerah di Sabah. <\/p>\n<p>\u201cSaya berpendapat langkah-langkah tersebut adalah pendekatan sedia ada dengan cara kerja yang sama. Jika ini yang dilaksanakan, maka sepuluh tahun akan datang, daerah-daerah termiskin di Sabah tetap tidak dapat keluar dari senarai termiskin.<\/p>\n<p>\u201cKita perlukan pendekatan dan usaha yang lebih agresif khusus untuk membangunkan daerah-daerah termiskin di Sabah. Adakah Kerajaan mempertimbangkan untuk menubuhkan agensi khas contohnya Akta Kemajuan Wilayah Utara Sabah bagi membangunkan daerah-daerah termiskin di utara Sabah atau sekurang-kurangnya satu agensi khas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang memfokus kepada usaha-usaha agresif mengeluarkan kemiskinan daerah-daerah ini?<\/p>\n<p>\u201cSoalan ini juga merupakan satu cadangan saya kepada pihak Kerajaan,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Ewon mengajukan cadangan dan soalan tersebut selepas Pembantu Menteri Kementerian Pembanguan Luar Bandar Samad Jamri menjawab soalan asal berkaitan langkah holisitik Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam membasmi jurang kemiskinan tegar di Sabah.<\/p>\n<p>Samad mengakui bahawa program-program yang akan dilaksanakan merupakan program sedia ada yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menyatakan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh Ewon sesuatu yang baik dan akan dibincangkan di peringkat Kementerian.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya program-program di bawah KPLB masih program sedia ada. Namun demikian cadangan daripada YB Kadamaian adalah satu cadangan yang baik dan mudah-mudahan pihak kementerian akan menilai dan meneliti cadangan ini untuk kita angkat.<\/p>\n<p>\u201cIni untuk memastikan kemiskinan tegar atau miskin di Sabah dapat kita tangani sebaiknya mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan agensi khas bagi membangunkan daerah-daerah termiskin di Sabah dengan lebih agresif. Menurut beliau, Kerajaan tidak boleh melaksanakan pendekatan-pendekatan sedia ada dan cara kerja yang sama bagi mengeluarkan daerah-daerah termiskin ini daripada kepompong kemiskinan. Lapan daerah di Sabah yang tersenarai sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":14007,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14006","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14006"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14008,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14006\/revisions\/14008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}