{"id":13995,"date":"2022-07-19T21:56:00","date_gmt":"2022-07-19T13:56:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13995"},"modified":"2022-07-19T21:59:13","modified_gmt":"2022-07-19T13:59:13","slug":"orang-asing-di-sabah-mencecah-1-2-juta-madius-mahu-kerajaan-pusat-segera-selesaikan-masalah-pti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/19\/orang-asing-di-sabah-mencecah-1-2-juta-madius-mahu-kerajaan-pusat-segera-selesaikan-masalah-pti\/","title":{"rendered":"Orang Asing di Sabah mencecah 1.2 juta,  Madius mahu kerajaan pusat segera selesaikan masalah PTI"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sekitar 1.2 juta daripada 3.9 juta penduduk Sabah adalah Orang Asing, sekali gus menunjukkan keseriusanan masalah pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.<\/p>\n<p>Sambil menyatakan kebimbangan terhadap masalah yang tidak berkesudahan itu, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Madius Tangau mencadangkan supaya masalah kebanjiran PTI di Sabah diselesaikan segera mengikut empat kategori secara berasingan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, empat kategori itu ialah PATI memiliki kad pengenalan yang diragui, Stateless Children, Pelarian Perang Filipina dan PATI<\/p>\n<p>\u201cMenurut laporan Institute for Development Studies (IDS) Sabah, daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah Orang Asing.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Mengenai Kebanjiran PTI di Sabah telah dibentangkan di Parlimen namun pelaksanaan setiap rekomendasi di dalamnya sangat lemah justeru masalah itu di Sabah masih berterusan,\u201d katanya ketika menyampaikan usul dalam Kamar Khas, di Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, bagi menyelesaikan kategori 1, beliau mencadangkan agar kad pengenalan (IC) yang ada sekarang diganti dengan IC baru bercirikan digital. <\/p>\n<p>\u201cHanya pemilik IC yang memiliki Sijil Kelahiran sahaja yang layak dapat IC baru tersebut,\u201d katanya sambil menambah pendekatan itu mampu membantu menyelesaikan satu juta PATI yang memiliki IC yang diragui.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pada tahun 1961 penduduk Sarawak ialah 744,529 orang manakala penduduk Sabah pada masa yang sama hanya berjumlah 54,421 orang.<\/p>\n<p>\u201cPada tahun 1970, penduduk Sarawak iaitu 976,269 orang masih mengatasi penduduk Sabah iaitu 651,304 orang.<\/p>\n<p>\u201cNamun setibanya tahun 2020 penduduk Sabah iaitu 3.90 juta merupakan 1 juta orang lebih ramai berbanding Sarawak iaitu hanya 2.9 juta.<\/p>\n<p>\u201cLaporan RCI Mengenai Kebanjiran PATI di Sabah memberi bukti-bukti kukuh bahawa pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing melalui salah guna kuasa dan rasuah menyebabkan pertumbuhan penduduk luar biasa di Sabah. Ada yang dirancang dan ada yang mendapat IC secara rasuah.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya lebih 1 juta penduduk di Sabah yang memegang Kad Pengenalan yang diragui adalah satu masalah sosial yang mesti ditangani secara tuntas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi kategori dua pula, Madius mencadangkan agar satu pendataan dibuat terhadap kategori Stateless Children dan seterusnya diselesaikan mengikut kes ke kes.<\/p>\n<p>\u201cTerdapat ribuan kanak-kanak di Sabah yang berstatus stateless akibat daripada perkahwinan rambang sesama PTII dan di antara PTI dengan orang tempatan. Kehadiran mereka di Sabah mengakibatkan pelbagai masalah sosial. Tuaran mencadangkan agar satu pendataan dibuat terhadap kategori ini dan seterusnya diselesaikan mengikut kes ke kes,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi pelarian perang Filipina pula, Madius mencadangkan agar pendataan dibuat terhadap pelarian perang Filipina yang berada di Sabah supaya dan seterusnya memberi dokumen IMM13 secara individu kepada setiap pelarian termasuk anak-anak mereka. <\/p>\n<p>\u201cSelepas setahun pemberian, dokumen tersebut jangan lagi diperbaharui dan hantarlah mereka balik ke negara asal atau ke negara ketiga,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi kategori keempat, Madius mencadangkan agar pihak keselamatan menangkap mereka seterusnya dapatkan perintah mahkamah untuk menghantar mereka balik ke negara asal.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sekitar 1.2 juta daripada 3.9 juta penduduk Sabah adalah Orang Asing, sekali gus menunjukkan keseriusanan masalah pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini. Sambil menyatakan kebimbangan terhadap masalah yang tidak berkesudahan itu, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Madius Tangau mencadangkan supaya masalah kebanjiran PTI di Sabah diselesaikan segera mengikut empat kategori secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13996,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13995","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13995"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13995\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13999,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13995\/revisions\/13999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}