{"id":13979,"date":"2022-07-19T10:57:11","date_gmt":"2022-07-19T02:57:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13979"},"modified":"2022-07-19T10:57:11","modified_gmt":"2022-07-19T02:57:11","slug":"wakil-rakyat-diseru-bersatu-kekalkan-kedaulatan-sabah-tangani-isu-tuntutan-sulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/19\/wakil-rakyat-diseru-bersatu-kekalkan-kedaulatan-sabah-tangani-isu-tuntutan-sulu\/","title":{"rendered":"Wakil rakyat diseru bersatu kekalkan kedaulatan Sabah, tangani isu tuntutan Sulu"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan menyeru semua wakil rakyat negeri Sabah untuk bersatu hati dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Sabah dan isu tuntutan Sulu.<\/p>\n<p>\u201cSemua wakil rakyat kita, tidak kira di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, perlu bersama bersatu hati dalam isu tuntutan Sulu yang entah sampai bila akan menemui titik penghujungnya ini.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini melibatkan kedaulatan negeri kita, negeri Sabah dan hal sebegini tidak boleh dibincangkan dengan melihat kepada perbezaan dan sudut pandang yang negatif serta saling menyalahkan satu sama lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khairul Firdaus berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Khairul Firdaus, semua pemimpin Sabah tidak boleh menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu dalam menyuarakan isu Sulu dan kedaulatan Sabah.<\/p>\n<p>\u201cJangan lihat perbezaan fahaman kita, ideologi kita atau apa-apa pendirian kita dalam perjuangan politik, isu Sulu dan tuntutan mereka adalah isu kita bersama, Sabah negeri kita.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti bersama dalam mempertahankan kedaulatan negeri Sabah dan negara kita Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kata Khairul Firdaus lagi, semua pemimpin Sabah wajar mencari solusi dan menetapkan pendirian bersama dalam usaha bagi membincangkan isu tuntutan Sulu.<\/p>\n<p>\u201cBerhenti untuk saling tunding jari pada satu sama lain, yang sini salahkan yang sana, yang salahkan yang sini, sudahlah.<\/p>\n<p>\u201cSekarang bukan masanya lagi, isu tuntutan Sulu bukan isu kecil yang boleh kita pandang enteng, kita perlu bersama dan bangkit bersama untuk mencari solusi tuntas bagi kita terus kekalkan kedaulatan kita.<\/p>\n<p>\u201cWe need a closure for this,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Khairul Firdaus berkata pelbagai persoalan dan permasalah daripada tuntutan Kerajaan Sulu terhadap Sabah sangat wajar dibincangkan kerana ia amat berkait rapat dengan kedaulatan Sabah.<\/p>\n<p>\u201cMemang banyak persoalan yang perlu kita bincang dan cungkil, dari kes pencerobohan di Lahad Datu, kini bangkit isu tuntutan aset negara, berkenaan aset Petronas yang dirampas.<\/p>\n<p>\u201cDan wajar untuk semua pemimpin Sabah bersama bangkit untuk isu ini dan meminta penjelasan dan penyelesaian untuk titik penamat kepada permasalahan ini.<\/p>\n<p>\u201cYa kita faham dan diberitahu bahawa segala tuntutan Sulu adalah tidak diiktiraf oleh Kerajaan, namun sampai bila perkara ini akan terus berlanjutan tanpa menemui titik noktahnya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Jelas Khairul Firdaus lagi, Kerajaan Persekutuan wajar membahaskan isu tersebut dan pemimpin-pemimpin Sabah harus tampil sebagai wira bagi negeri Sabah, untuk memperjuangkan isu tersebut bagi dibahaskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KOTA KINABALU: Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan menyeru semua wakil rakyat negeri Sabah untuk bersatu hati dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Sabah dan isu tuntutan Sulu. \u201cSemua wakil rakyat kita, tidak kira di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, perlu bersama bersatu hati dalam isu tuntutan Sulu yang entah sampai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13980,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13979","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13979","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13979"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13979\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13981,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13979\/revisions\/13981"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13979"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13979"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13979"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}