{"id":13852,"date":"2022-07-13T20:03:12","date_gmt":"2022-07-13T12:03:12","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13852"},"modified":"2022-07-13T20:03:12","modified_gmt":"2022-07-13T12:03:12","slug":"213-peserta-sertai-forum-hak-kanak-kanak-peringkat-kebangsaan-2022-anjuran-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/13\/213-peserta-sertai-forum-hak-kanak-kanak-peringkat-kebangsaan-2022-anjuran-ums\/","title":{"rendered":"213 Peserta Sertai Forum Hak Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 213 peserta dari seluruh Malaysia menyertai Forum Hak Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.<\/p>\n<p>Berlangsung secara dalam talian, forum tersebut antara lain bertujuan \u00a0memberi kesedaran kepada masyarakat tentang definisi, jenis, kepentingan, dan isu-isu semasa berkaitan hak kanak-kanak.<\/p>\n<p>Ia juga membincangkan sejauh mana keberkesanan akta dan undang-undang dalam menjamin hak kanak-kanak.<\/p>\n<p>Bertemakan \u201cThe Best Interest for the Child\u201d forum itu menampilkan pakar Undang-undang Keluarga, Wanita, dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dato\u2019 Noor Aziah Mohd Awal.<\/p>\n<p>Seorang lagi ahli panel jemputan ialah \u00a0Pengarah \u00a0Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.<\/p>\n<p>Menurut Noor Aziah, semenjak Malaysia memeterai Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak pada Februari 1995, pelbagai dasar dan undang-undang telah digubal untuk menjamin hak kanak-kanak, termasuklah Akta Kanak-kanak 2001.<\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, hak kanak-kanak di Malaysia belum terjamin sepenuhnya kerana terdapat beberapa perkara atau isu yang tidak diambil berat oleh kerajaan Malaysia, misalnya kanak-kanak tanpa kewarganegaraan (stateless child).<\/p>\n<p>\u201cMasalah ini wujud akibat daripada kanak-kanak yang terbiar atau dibuang, kanak-kanak daripada ibu bapa yang gagal mendaftarkan perkahwinan atau tidak mempunyai sijil nikah, kanak-kanak pelarian, dan kanak-kanak tanpa negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya berpendapat kanak-kanak tanpa kewarganegaraan wajar diberikan dokumen sementara supaya maklumat mereka dapat direkodkan dan mereka mudah dijejaki,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, Noor Aziah menegaskan, \u00a0dokumen sementara itu bukan bermaksud untuk memberikan mereka Kewarganegaraan Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya mengiktiraf mereka sebagai kanak-kanak yang sah dan mempunyai hak untuk mendapat perlindungan, kesihatan, dan pendidikan yang sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cDalam jangka masa panjang, langkah ini dapat mengurangkan jenayah sosial dalam komuniti setempat kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perkara yang baik dan buruk.<\/p>\n<p>\u201cSeterusnya, kanak-kanak ini dapat memberi impak positif kepada negara kita, misalnya apabila mereka dewasa kelak, mereka boleh menjadi tenaga buruh yang sah, sama seperti tenaga buruh asing yang kerajaan bawa daripada negara-negara luar.<\/p>\n<p>\u201cIni lebih menguntungkan kepada negara kita, bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah mereka lebih mudah berkomunikasi dan berhubung dengan kita kerana mereka telah tahu banyak tentang adat resam, budaya, bahasa, dan agama kita,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mazlina pula menekankan peri pentingnya pendidikan seks perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak di peringkat awal usia lagi.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana banyak kes penderaan seksual yang berlaku terhadap kanak-kanak di negara kita sama ada kes sumbang mahram mahupun kes rogol.<\/p>\n<p>\u201cKanak-kanak perlu diajar tentang anggota tubuh lelaki dan perempuan, cara sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa, dan cara menjaga keselamatan diri.<\/p>\n<p>\u201cSememangnya perkara ini telah diajar kepada kanak-kanak Tadika berumur lima hingga enam tahun melalui Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), namun ia masih perlu ditekankan dengan lebih baik lagi, dan boleh diajar kepada kanak-kanak sejak mereka berumur empat tahun ke bawah lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Forum yang berlangsung selama dua jam itu dirasmikan Dekan FPP UMS, Profesor Dr. Murnizam Haji Halik.<\/p>\n<p>Hadir sama, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPP \u00a0Dr. Roslee Talip, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FPP Dr. Dg Norizah Ag Kiflee @ Dzulkifli, dan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP, Dr. Connie Shin @ Connie Cassy Ompok.<\/p>\n<p>Turut hadir, Penasihat Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP UMS, Dr. Nur Suhaidah Sukor, dan Penasihat Program Dr. Juppri Bacotang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 213 peserta dari seluruh Malaysia menyertai Forum Hak Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini. Berlangsung secara dalam talian, forum tersebut antara lain bertujuan \u00a0memberi kesedaran kepada masyarakat tentang definisi, jenis, kepentingan, dan isu-isu semasa berkaitan hak kanak-kanak. Ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13853,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13852","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13852","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13852"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13852\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13854,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13852\/revisions\/13854"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13852"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13852"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13852"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}