{"id":13707,"date":"2022-07-07T18:34:06","date_gmt":"2022-07-07T10:34:06","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13707"},"modified":"2022-07-07T18:34:06","modified_gmt":"2022-07-07T10:34:06","slug":"fpp-ums-anjur-program-green-attitude-di-kundasang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/07\/fpp-ums-anjur-program-green-attitude-di-kundasang\/","title":{"rendered":"FPP UMS anjur Program \u2018Green Attitude\u2019 di Kundasang"},"content":{"rendered":"<p>KUNDASANG: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program \u2018Green Attitude\u2019, sebuah program yang memfokuskan aspek psikologikal, sosial, persekitaran dan ekonomi, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bertempat di Kampung Mesilau, aktiviti itu dikendalikan pelajar tahun tiga, Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP di bawah penyelarasan Pensyarah Kursus Sikap dan Perubahan Sikap FPP, Dr. Getrude Cosmas.<\/p>\n<p>Menurut Getrude, program itu dianjurkan selama dua hari dengan kerjasama Kundasang Aquafarm.<\/p>\n<p>\u201cPenganjurannya antara lain menyasarkan golongan belia yang sedang mengikuti latihan praktikal di Kundasang Aquafarm serta belia di Kampung Mesilou.<\/p>\n<p>\u201cBertemakan \u2018Seeds of change, growth and prosperity\u2019, program ini dilaksanakan berasaskan pendekatan Psikologi Sosial dan Agronomi yang mana tiga elemen sikap iaitu pemikiran, emosi dan psikomotor diterapkan dalam semua aktiviti berpandukan kepada Yale Model,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Getrude berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung, antaranya perkongsian pengalaman aktiviti hijau serta sesi ceramah tentang penanaman hijau.<\/p>\n<p>\u201cPara peserta juga turut menjalani aktiviti mereka bentuk poster untuk mempromosi dan memasarkan produk hijau seperti sayuran Pak Choy, koral hijau dan merah.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, turut diadakan aktiviti star gazing dan acara mendaki bukit (hiking) yang kemudiannya disusuli dengan aktiviti penanaman pokok bunga di puncak bukit Sosodikon,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menyentuh mengenai modul \u2018Green Attitude\u2019, Getrude memberitahu ia dihasilkan dengan kerjasama ahli akademik daripada pelbagai disiplin bagi menerapkan sikap dan tingkah laku positif kepada masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar.<\/p>\n<p>\u201cModul ini direka bentuk menerusi percambahan idea daripada Pengarah Pusat Pengurusan Ecofarm UMS merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Ts. Dr. Januarius Gobilik \u00a0(Agronomi \u2013 Multidisiplin), Pengurus Kundasang Aquafarm Azizul Julirin, serta saya sendiri selaku Pensyarah Kanan FPP dalam bidang Psikologi Sosial.<\/p>\n<p>\u201cPada kesempatan ini, saya bagi pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dekan FPP UMS, Prof. Dr. Murnizam Hj. Halik yang sentiasa memberikan sokongan penuh daripada awal perancangan sehingga kepada perlaksanaan dengan jayanya Program \u2018Green Attitude\u2019 ini,\u201d tambah Getrude.<\/p>\n<p>Hadir sama Ketua Penganjur Program tersebut yang juga merupakan pelajar Tahun 3 Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP, Mohd Naseeir Mohamed Hamzan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUNDASANG: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program \u2018Green Attitude\u2019, sebuah program yang memfokuskan aspek psikologikal, sosial, persekitaran dan ekonomi, di sini, baru-baru ini. Bertempat di Kampung Mesilau, aktiviti itu dikendalikan pelajar tahun tiga, Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP di bawah penyelarasan Pensyarah Kursus Sikap dan Perubahan Sikap FPP, Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13708,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13707","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13709,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13707\/revisions\/13709"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13708"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13707"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13707"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}