{"id":13606,"date":"2022-07-01T23:16:03","date_gmt":"2022-07-01T15:16:03","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13606"},"modified":"2022-07-01T23:16:03","modified_gmt":"2022-07-01T15:16:03","slug":"kesenian-borneo-dominasi-mahakarya-astif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/01\/kesenian-borneo-dominasi-mahakarya-astif\/","title":{"rendered":"Kesenian Borneo Dominasi MAHAKARYA ASTiF \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 500 karya berteraskan kesenian Borneo dipamerkan pelajar tahun tiga Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program MAHAKARYA 2022.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nProgram yang berlangsung bermula 12 Jun sehingga 1 Julai 2022 menghimpunkan pelbagai bidang seperti seni suara, seni tari, seni lakon, animasi, penulisan, penerbitan, seni muzik, seni lukis, seni catan, filem dan video.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMajlis perasmiannya disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan di Dewan Resital ASTiF, di sini, hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTeks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anwar Md Dawam.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Rahman, persembahan yang berkualiti bukan sahaja memerlukan pemikiran yang kreatif tetapi ia turut menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, dan persefahaman yang jitu.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya percaya, terdapat banyak bakat seni dan kreatif dalam kalangan pelajar yang sebelum ini kurang ditonjolkan kerana kekurangan medan atau pentas sesuai.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya kira, penganjuran projek akhir ini bersifat serampang dua mata, iaitu menghasilkan kerja-kerja seni menarik dan unik yang kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak atau audiens untuk dinikmati,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau turut menaruh keyakinan bahawa usaha yang dilaksanakan ASTiF seiring dengan hasrat kerajaan dalam mengekalkan dan melestarikan seni budaya sekali gus memastikan karya seni yang dihasilkan pelajar universiti dapat dilihat dan dinikmati masyarakat umum.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cHarapan saya agar bakat pelajar UMS yang dicungkil dan digilap di sini dapat menyemarakkan industri seni kreatif di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSemoga aktiviti-aktiviti seperti ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar UMS apabila berada di alam pekerjaan pada masa akan datang,\u201d ujar Rahman.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nHadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail; Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafael Walangitan, dan Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Kinabalu, Zulkefli Mohd.<br \/>\nDalam pada itu, sebanyak lima kategori anugerah turut disampaikan pada majlis tersebut.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBagi kategori Anugerah Opera (Teater), Chingstage Production muncul sebagai \u00a0penerima Anugerah Produksi Terbaik Festival Teater Opera 8.0.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKategori Anugerah Kontra-Kontemporari Tradisional \u00a0(Tari) pula menyaksikan Faridul Hakim dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koreografer Terbaik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nAnugerah Animasi Terbaik dan Anugerah Cetakan Lino Terbaik bagi kategori Matrix (TSV) masing-masing dimenangi Yudas Kristo James Katulai dan Cristhiee Shenna Chin.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSementara itu, bagi kategori Anugerah Adikarya (Penulisan), Ruzerayati Aling dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tesis Terbaik, manakala Muhammad Mohd Yusof muncul sebagai pemenang Anugerah Novel Terbaik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nRexynoell James Gerard dan Kristy Samunting pula masing-masing mencatat nama sebagai penerima Anugerah Gubahan Orkestra Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik Alat Muzik Utama (Vokal).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 500 karya berteraskan kesenian Borneo dipamerkan pelajar tahun tiga Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program MAHAKARYA 2022. \u00a0 Program yang berlangsung bermula 12 Jun sehingga 1 Julai 2022 menghimpunkan pelbagai bidang seperti seni suara, seni tari, seni lakon, animasi, penulisan, penerbitan, seni muzik, seni lukis, seni [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13607,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13606","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13606","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13606"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13606\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13608,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13606\/revisions\/13608"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13606"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13606"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13606"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}