{"id":13603,"date":"2022-07-01T15:26:24","date_gmt":"2022-07-01T07:26:24","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13603"},"modified":"2022-07-01T15:26:24","modified_gmt":"2022-07-01T07:26:24","slug":"99-graduan-antarabangsa-tamatkan-pengajian-di-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/01\/99-graduan-antarabangsa-tamatkan-pengajian-di-ums\/","title":{"rendered":"99 graduan antarabangsa tamatkan pengajian di UMS"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Seramai 99 graduan antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah dalam pelbagai bidang pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKesemua pelajar tersebut berasal dari beberapa buah negara termasuklah China, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Timor Leste, Pakistan, Korea Selatan, Iran, Zanzibar, Vanuatu, Arab Saudi dan India.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSeorang graduan dari Korea Selatan, Choi Sangryeol, 25, turut menjadi penerima Anugerah Tun Zaki pada majlis yang berlangsung pada 25-27 Jun 2022.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKetika ditemui, Choi memberitahu beliau sangat senang dengan budaya masyarakat di Sabah dan bergaul bersama pelajar-pelajar di UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya berterima kasih kepada para pensyarah dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pengajian di sini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya juga mengucap syukur dan merakamkan penghargaan atas pemberian anugerah ini. Ia merupakan satu pencapaian yang terindah dalam perjalanan saya sebagai pelajar dan graduan UMS,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nGraduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.73.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDalam pada itu, satu sesi ramah mesra antara pihak pengurusan tertinggi universiti bersama graduan antarabangsa telah diadakan kelmarin (30 Jun 2022).<br \/>\n\u00a0<br \/>\nProgram yang dikenali sebagai \u201cMeet and Greet Session with 2021 International Graduates\u201d itu dianjurkan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nIa turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan dan mendoakan mereka agar terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTurut hadir, Naib Canselor UMS Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pendaftar Luqman Ridha Anwar, Pengarah PPPG Prof. Dr. Ho Chong Mun, dan Timbalan Pengarah PPPG Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU: Seramai 99 graduan antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah dalam pelbagai bidang pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23. \u00a0 Kesemua pelajar tersebut berasal dari beberapa buah negara termasuklah China, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Timor Leste, Pakistan, Korea Selatan, Iran, Zanzibar, Vanuatu, Arab Saudi dan India. \u00a0 Seorang graduan dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13604,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13603","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13603","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13603"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13603\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13605,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13603\/revisions\/13605"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13604"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13603"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13603"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13603"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}