{"id":13596,"date":"2022-07-01T12:24:43","date_gmt":"2022-07-01T04:24:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13596"},"modified":"2022-07-01T12:30:00","modified_gmt":"2022-07-01T04:30:00","slug":"maximus-tidak-perlu-berdrama-isu-pti-sudah-lama-tahu-tapi-masih-angkat-bn-carlye","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/07\/01\/maximus-tidak-perlu-berdrama-isu-pti-sudah-lama-tahu-tapi-masih-angkat-bn-carlye\/","title":{"rendered":"Maximus tidak perlu &#8220;berdrama&#8221; isu PTI, sudah lama tahu tapi masih angkat BN &#8211; Carlye"},"content":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Kebersamaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menubuhkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan umpama terus menghalalkan dakwaan Presiden PBS Datuk Maximus Ongkili tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan \u201cparti dalam BN\u201d tersebut daripada terus bertapak di Sabah sekaligus menyebabkan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) terus berlarutan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud Carlye Lajimin berkata, Maximus tidak perlu berdrama banyak jika PBS terus bergantung kepada parti komponen BN tersebut dan duduk bersama dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan Maximus itu umpama \u2018tembak kawan\u2019 tetapi terus bergantung kepada kawan itu dan mahu kawan itu terus berkuasa. PBS adakan perjanjian bertandatangan dengan BN dan PN untuk tubuhkan kerajaan negeri dan turut mengangkat BN sehingga menjadi Perdana Menteri hari ini.<\/p>\n<p>\u201cAdakah Maximus dan parti PBS buat dakwaan yang sama dalam mesyuarat kabinet persekutuan dan kabinet negeri? Dan apakah tindakan drastik yang diambil oleh Maximus susulan dakwaan tersebut?<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya beliau sudah lama tahu dengan apa yang beliau dakwa, tapi yang menghairankan beliau terus juga bergantung dan angkat parti BN itu. Saya sifatkan dakwaan beliau itu satu drama sinetron selepas gagal menyerlah menangani isu-isu hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan selaku menteri yang bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Carlye berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Maximus yang mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan PATI di Sabah untuk kepentingan politiknya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak perlu cakap nama parti dalam BN yang pernah menggunakan perkhidmatan PATI. Saya rasa kita semua maklum tentang hal ini kerana penglibatan parti itu meraih undi daripada PATI terbukti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PATI di Sabah,\u201d kata Maximus semasa menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden PBS semasa kongres parti tersebut kelmarin.<\/p>\n<p>&#8211; Sumber Nabalu News<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Kebersamaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menubuhkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan umpama terus menghalalkan dakwaan Presiden PBS Datuk Maximus Ongkili tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan \u201cparti dalam BN\u201d tersebut daripada terus bertapak di Sabah sekaligus menyebabkan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) terus berlarutan. Timbalan Ketua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13599,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13596","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13598,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596\/revisions\/13598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13599"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}