{"id":13504,"date":"2022-06-28T21:52:39","date_gmt":"2022-06-28T13:52:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13504"},"modified":"2022-06-28T21:52:39","modified_gmt":"2022-06-28T13:52:39","slug":"ums-beri-peluang-ubah-nasib-keluarga-graduan-b40","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/28\/ums-beri-peluang-ubah-nasib-keluarga-graduan-b40\/","title":{"rendered":"UMS beri peluang ubah nasib keluarga &#8211; graduan B40"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Syahira Arsad<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Terima kasih Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi peluang kepada pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.<\/p>\n<p>Demikian luahan Mohd Zulian Zulkifli, 24,  graduan  Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), ketika ditemui selepas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengurusan Kewangan dan Perbankan pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau pada awalnya sama sekali tidak menduga dapat melanjutkan pengajiannya ke peringkat menara gading kerana latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.<\/p>\n<p>\u201cBapa merupakan seorang nelayan dan pada masa yang sama turut bekerja sebagai buruh kasar.<\/p>\n<p>\u201cManakala, ibu saya pula merupakan suri rumah yang hanya melakukan aktiviti bercucuk tanam, untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.<\/p>\n<p>\u201cPendapatan isi rumah keluarga saya adalah sekitar kurang daripada RM1,000 sebulan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Zulian kelulusan yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengubah nasib keluarga.<\/p>\n<p>\u201cDengan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian, saya akan praktikkan di alam pekerjaan sekali gus bertekad untuk mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada UMS atas peluang dan bantuan sepanjang pengajian di sini.<\/p>\n<p>\u201cTanpa peluang ini, melanjutkan pengajian dan impian meraih segulung ijazah mungkin hanya sekadar mimpi,\u201d ujar anak keempat daripada tujuh beradik itu.<\/p>\n<p>Graduan yang berasal dari Kinabatangan itu turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang masih berjuang dalam pengajian masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSetiap orang pasti akan merasakan kepayahan, tetapi setiap kepayahan pasti akan membawa kebahagiaan yang kita akan rasai suatu hari nanti.<\/p>\n<p>\u201cTeruskan usaha kerana kejayaan pasti akan menjadi milik mereka yang tidak mengenal erti kata putus asa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Syahira Arsad KOTA KINABALU: Terima kasih Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi peluang kepada pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Demikian luahan Mohd Zulian Zulkifli, 24, graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), ketika ditemui selepas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengurusan Kewangan dan Perbankan pada Majlis Konvokesyen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13505,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13504","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13504"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13506,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13504\/revisions\/13506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}