{"id":1349,"date":"2021-02-11T14:00:08","date_gmt":"2021-02-11T06:00:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=1349"},"modified":"2021-02-11T14:00:10","modified_gmt":"2021-02-11T06:00:10","slug":"kerajaan-setuju-vaksin-percuma-turut-diberi-kepada-warganegara-asing-menetap-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/02\/11\/kerajaan-setuju-vaksin-percuma-turut-diberi-kepada-warganegara-asing-menetap-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Kerajaan setuju vaksin percuma turut diberi kepada warganegara asing menetap di Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR (BERNAMA):\u00a0 Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat jemaah menteri semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni selari tema program berkenaan iaitu \u2018Lindung Diri, Lindung Semua\u2019 serta menerusi pendekatan \u201ctiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat&#8221;,\u201d menurut Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kedua-duanya, keputusan itu juga diambil melihat kepada rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dan kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat jangkitan kepada kluster-kluster berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPekerja asing juga telah menjadi sebahagian komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara,\u201d menurut kedua-duanya dalam kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berkata keputusan juga dibuat selepas mengambil kira layanan sama turut diberi sebahagian negara luar kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan ini akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya,&#8221; kata kenyataan itu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan berkenaan selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik COVID-19, jelasnya.&#8211; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (BERNAMA):\u00a0 Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat jemaah menteri semalam. &#8220;Ini akan melibatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1350,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[167,166],"class_list":{"0":"post-1349","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan","8":"tag-pekerja-asing","9":"tag-vaksin"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1349","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1349"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1349\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1351,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1349\/revisions\/1351"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1349"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1349"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1349"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}