{"id":13466,"date":"2022-06-27T21:56:13","date_gmt":"2022-06-27T13:56:13","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13466"},"modified":"2022-06-27T21:56:13","modified_gmt":"2022-06-27T13:56:13","slug":"azman-ingatkan-graduan-ums-untuk-tidak-terlibat-dengan-amalan-rasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/27\/azman-ingatkan-graduan-ums-untuk-tidak-terlibat-dengan-amalan-rasuah\/","title":{"rendered":"Azman ingatkan graduan UMS untuk tidak terlibat dengan amalan rasuah"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Baby Nur Izzah Syahirah<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Para graduan perlu menerapkan nilai-nilai yang berkualiti supaya tidak terjerumus ke dalam kancah rasuah.<\/p>\n<p>Penasihat Kehormat Ambank Group merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim berkata, tiada tolak ansur harus diberikan kepada rasuah kerana perkara itu hanya merugikan negara.<\/p>\n<p>\u201cRasuah sudah umpama menjadi endemik dalam kehidupan dan budaya di Malaysia. Isu seperti penyeludupan minyak, manusia dan pembelian kad pengenalan serta pasport haram banyak dikaitkan dengan pihak tertentu.<\/p>\n<p>\u201cTerlalu banyak \u2018telur busuk\u2019 dalam sesebuah organisasi dan banyak kes yang masih menunggu perbicaraan mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23, di sini, kelmarin.<\/p>\n<p>Menurut Azman, graduan perlu mengambil contoh mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berhasil menjadikan Singapura dengan kes rasuah yang terendah.<\/p>\n<p>\u201cBanyak impak negatif apabila rasuah dibiarkan berleluasa. Antaranya, ia boleh menyebabkan negara jatuh bankrap atau mempunyai keterhutangan yang melampau seperti yang berlaku pada negara Venezuela.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, saya ingin mengingatkan para graduan agar tidak bertoleransi dalam sebarang bentuk penyelewengan kuasa dan amalan rasuah walau apa juga bidang yang diceburi selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu Azman menyampaikan skrol ijazah kepada graduan daripada Sidang 2 hingga Sidang 4 yang berlangsung di Dewan Canselor UMS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Baby Nur Izzah Syahirah KOTA KINABALU: Para graduan perlu menerapkan nilai-nilai yang berkualiti supaya tidak terjerumus ke dalam kancah rasuah. Penasihat Kehormat Ambank Group merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim berkata, tiada tolak ansur harus diberikan kepada rasuah kerana perkara itu hanya merugikan negara. \u201cRasuah sudah umpama menjadi endemik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13467,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13466","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13468,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13466\/revisions\/13468"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13467"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}