{"id":13336,"date":"2022-06-23T01:25:24","date_gmt":"2022-06-22T17:25:24","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13336"},"modified":"2022-06-23T01:25:24","modified_gmt":"2022-06-22T17:25:24","slug":"ellron-optimis-sekolah-luar-bandar-mampu-lahirkan-ahli-sukan-berwibawa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/23\/ellron-optimis-sekolah-luar-bandar-mampu-lahirkan-ahli-sukan-berwibawa\/","title":{"rendered":"Ellron Optimis Sekolah Luar Bandar Mampu lahirkan ahli sukan berwibawa"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KENINGAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin optimis sekolah-sekolah luar bandar, jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, mampu melahirkan ahli sukan berwibawa pada masa depan.<\/p>\n<p>Beliau berkata walaupun sekolah-sekolah luar bandar termasuk di pedalaman Sabah masih kekurangan daripada segi kemudahan sukan, namun ia tidak menjadi penghalang kepada pelajar luar bandar untuk maju dalam arena sukan.<\/p>\n<p>&#8220;Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti murid tadi akan berlari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera Negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ellron yang juga bekas pelari pecut negara dan berasal dari Sook, bahagian pedalaman Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Zon Apin-Apin kali ke-49 di SK Kapayan Baru, dekat sini pada Rabu.<\/p>\n<p>Sambil memberi contoh sekolah-sekolah Zon Apin-Apin, beliau berkata meskipun sekolah-sekolah terbabit berada dalam kategori luar Bandar namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang sukan.<\/p>\n<p>Ellron berkata sukan olahraga amat cukup penting kepada rakyat dan negara khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta.<\/p>\n<p>&#8220;Ia memang penting Apatah lagi aktiviti sukan ini telah tertangguh lebih dua tahun disebabkan oleh covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita yang akhirnya kita berdepan dan menerima Perintah Kawalan Pergerakan dengan pelbagai SOP yang ketat.<\/p>\n<p>&#8220;Syukur kita kini berada pada fasa endemik yang akhirnya membolehkan aktiviti sukan dilaksanakan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KENINGAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin optimis sekolah-sekolah luar bandar, jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, mampu melahirkan ahli sukan berwibawa pada masa depan. Beliau berkata walaupun sekolah-sekolah luar bandar termasuk di pedalaman Sabah masih kekurangan daripada segi kemudahan sukan, namun ia tidak menjadi penghalang kepada pelajar luar bandar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13337,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13336","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13336"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13338,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336\/revisions\/13338"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}