{"id":13046,"date":"2022-06-10T14:15:04","date_gmt":"2022-06-10T06:15:04","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=13046"},"modified":"2022-06-10T14:15:04","modified_gmt":"2022-06-10T06:15:04","slug":"pembangkang-mula-bercakaran-di-sabah-terbaharu-pemuda-wanita-mahu-upko-tanding-kerusi-parlimen-penampang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/10\/pembangkang-mula-bercakaran-di-sabah-terbaharu-pemuda-wanita-mahu-upko-tanding-kerusi-parlimen-penampang\/","title":{"rendered":"Pembangkang Mula Bercakaran Di Sabah, terbaharu Pemuda, Wanita Mahu UPKO Tanding Kerusi Parlimen Penampang"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:  Biarpun loceng &#8220;pemula pilihan raya&#8221; belum dibunyikan, parti pembangkang sudah mula bercakaran sesama sendiri, khususnya antara DAP dan Warisan di Sabah.<\/p>\n<p>Apa yang dilihat sebagai sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan, hari ini<br \/>\nPergerakan Pemuda dan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang menzahirkan hasrat agar pucuk pimpinan parti itu mempertimbang untuk bertanding kerusi Parlimen Penampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.<\/p>\n<p>Kerusi Parlimen Penampang merupakan antara kubu kuat warisan ketika masih &#8220;berkawan&#8221; dengan PH dalam PRU yang lepas. Kerusi itu disandang oleh timbalan presiden Warisan Datuk Darell Leiking yang juga Adun Moyog. <\/p>\n<p>Menurut laporan Nabalu News, kedua-dua sayap pemuda dan wanita UPKO Penampang yakin boleh merampas semula kerusi tersebut berdasarkan trek rekod parti itu ppdi kawasan Penampang sebelum ini.<\/p>\n<p>Memetik kenyataan Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominick, beliau berkata pada pilihan raya lepas calon UPKO kalah di kawasan itu bukan disebabkan pencapaian parti itu tetapi pada masa itu rakyat menolak Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u201cSebab itu, Pemuda UPKO Penampang memohon kepada pucuk pimpinan tertinggi UPKO supaya bertanding bagi kerusi parlimen Penampang dan kerusi-kerusi negeri dalam kawasan itu pada PRU akan datang.<\/p>\n<p>\u201cBeri peluang kepada calon UPKO bertanding semula di kerusi Parlimen atau DUN kawasan Penampang (Moyog, Kapayan) dan biar rakyat yang menentukan sama ada mereka mahu UPKO mengangkat suara perjaungan mereka atau sebaliknya, &#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sambil menyatakan sokongan kepada pemuda UPKO Penampang itu, ketua Wanita UPKO Penampang yang baru dipilh Felimena Andreas pula berkata berdasarkan sejarah,\u00a0 UPKO sejak mula bertapak di Penampang dan sehingga kini masih mendapat sokongan daripada rakyat akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya sekiranya UPKO bertanding di kawasan Penampang pada PRU akan datang, semangat penyokong akan kembali memberikan kekuatan kepada calon kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ramai pemerhati politik melihat perkembangan terkini di Parlimen Penampang itu boleh memecah undi blok pembangkang, sekali gus memberi peluang keemasan kepada parti kerajaan untuk melakukan kejutan.<\/p>\n<p>Menurut pemerhati politik, Warisan berdepan risiko penyusutan sokongan sekiranya tidak mahu bekerjasama dengan DAP yang mempunyai ramai penyokong di Dun Kapayan atau Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>UPKO merupakan merupakan parti komponen PH yang ditunjangi PKR, DAP dan Amanah.<\/p>\n<p>Terdapat juga desas desus yang meramal bekas presiden UPKO dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok mungkin akan menimbang &#8216;kemunculan semula&#8217; dalam arena politik untuk bertanding Parlimen Penampang atas tiket PH, andai kata DAP atau PKR tidak meletakkan calon.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pemerhati politik penuh yakin Warisan &#8216;tidak akan tutup sama sekali&#8217;  pintu kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU15 yang dijangka amat mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Biarpun loceng &#8220;pemula pilihan raya&#8221; belum dibunyikan, parti pembangkang sudah mula bercakaran sesama sendiri, khususnya antara DAP dan Warisan di Sabah. Apa yang dilihat sebagai sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan, hari ini Pergerakan Pemuda dan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang menzahirkan hasrat agar pucuk pimpinan parti itu mempertimbang untuk bertanding kerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":13047,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-13046","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13048,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13046\/revisions\/13048"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}