{"id":12888,"date":"2022-06-04T09:32:04","date_gmt":"2022-06-04T01:32:04","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12888"},"modified":"2022-06-04T09:32:04","modified_gmt":"2022-06-04T01:32:04","slug":"penubuhan-mrs-membela-hak-hak-artis-tempatan-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/04\/penubuhan-mrs-membela-hak-hak-artis-tempatan-sabah\/","title":{"rendered":"Penubuhan MRS membela hak-hak artis tempatan Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.<br \/>\nSehubungan dengan itu beliau berharap agar pengiat seni di Sabah akan terus berkarya baik dalam bidang muzik mahu pun sebagai penyanyi.<br \/>\n\u201cPenubuhan MRS pada Januari lalu, tepat pada masanya untuk memberi pembelaan sewajarnya kepada artis-artis tempatan Sabah. MRS secara rasmi menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan bagi menjaga kebajikan artis tempatan dalam industri muzik di negeri ini.<br \/>\n\u201cBadan ini diiktiraf untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik, pembuat video muzik dan syarikat rakaman tempatan membabitkan etnik di negeri ini. Justeru, dengan adanya badan ini, ia akan menggalakkan penggiat seni tempatan terus berkarya dan memartabatkan industri muzik tempatan di negeri ini.<br \/>\n\u201cTiada istilah lambat dalam hal ini (mengiktiraf hak-hak anak seni di Sabah baik penyanyi atau pun pemuzik) kerana kita sentiasa bergerak ke hadapan dan mencari kaedah terbaik untuk melindungi mereka,\u201d katanya ketika merasmikan Program Riuh Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.<br \/>\nKetua Menteri berkata program selama tiga hari itu pasti akan menjadi medan untuk merancakkan lagi industri kreatif di Sabah sekali gus memberikan manfaat kepada komuniti setempat serta rakyat secara keseluruhannya.<br \/>\nSehubungan itu beliau menyarankan agar persatuan dari pelbagai etnik di Sabah terus memperkasa seni budaya, adat resam dan bahasa masing-masing agar tidak hanyut dengan kepesatan arus globalisasi.<br \/>\n\u201cHal ini penting agar kepelbagaian budaya di negeri ini terus diperkukuh dan tidak dipinggirkan oleh kemodenan dan kemajuan teknologi. Kita tidak boleh biarkan mana- mana etnik itu pupus begitu sahaja tanpa mengetahui kewujudannya.<br \/>\n\u201cSaya percaya masih banyak lagi budaya dari segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang masih belum diterokai untuk diketengahkan,\u201d katanya.<br \/>\nKetua Menteri juga berharap program `RIUH BAH! Bersama Hotlink\u2019 akan membantu mempromosikan seni kreatif tempatan yang ada di Sabah untuk diangkat hingga ke peringkat antarabangsa.<br \/>\n\u201cSemoga insiatif kerajaan ini akan dapat merancakkan kembali aktiviti ekonomi berkaitan industri kreatif, khususnya di Sabah,\u201d katanya.<br \/>\nYang turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dato\u2019 Sri Haji Mohammad Mentek dan Pengerusi MyCreative Venture Sdn Bhd, Noor Azmi Mat Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis merangkap Rakan Strategik Utama RIUH BAH! bersama Hotlink, Gokhan Ogut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar pengiat seni di Sabah akan terus berkarya baik dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12889,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12888","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12890,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12888\/revisions\/12890"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12889"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}