{"id":12813,"date":"2022-06-02T12:33:57","date_gmt":"2022-06-02T04:33:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12813"},"modified":"2022-06-02T12:33:57","modified_gmt":"2022-06-02T04:33:57","slug":"perbadanan-pinjaman-sabah-buka-pusat-pelanggan-di-daerah-kecil-sook","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/02\/perbadanan-pinjaman-sabah-buka-pusat-pelanggan-di-daerah-kecil-sook\/","title":{"rendered":"Perbadanan Pinjaman Sabah buka pusat pelanggan di daerah kecil Sook"},"content":{"rendered":"<p>SOOK: Penduduk di kawasan Sook, Tulid dan Nabawan, serta kawasan sekitarnya, kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk berurusan dengan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) dengan adanya Pusat Pelanggan PPS yang mula beroperasi di Pekan Baru Sook, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Merasmikan pelancaran Pusat Pelanggan PPS Sook ini, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin berkata, kewujudan pusat pelanggan ini pasti boleh membantu pelanggan PPS sedia ada dan mereka yang memerlukan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman kewangan melalui produk dan perkhidmatan yang disediakan atau kebajikan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PPS tanpa perlu berkunjung ke Pekan Keningau.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat berbangga dan berterima kasih kepada PPS kerana telah menerima saranan saya untuk mewujudkan Pusat Pelanggan PPS di daerah kecil ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap kewujudan pusat pelanggan ini akan membantu meningkatkan dan mempercepat pembangunan sosio-ekonomi di daerah kecil ini terutamanya penduduk di sekitar daerah kecil ini dan di sekelilingnya.<\/p>\n<p>\u201cPembukaan pusat pelanggan ini adalah satu kemudahan kepada rakyat khususnya di kawasan Pedalaman seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, yang turut menekankan modal insan dan kesejahteraan rakyat sebagai salah satu teras utamanya.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, pihak Kerajaan melalui PPS akan memastikan bahawa kesejahteraan rakyat akan terpelihara demi melahirkan modal insan yang berjaya,\u201d kata Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook. Teks ucapan beliau dibacakan oleh ADUN Tulid, Flovia Ng yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.<\/p>\n<p>Upacara penyerahan projek kebajikan yang dibiayai melalui program CSR PPS turut diadakan semasa majlis tersebut, melibatkan projek-projek yang dilaksanakan di Nabawan, Sook dan Tulid, selain penyampaian beg dan alat tulis sekolah kepada murid-murid dari beberapa sekolah di kawasan ini. <\/p>\n<p>\u201cSebagai wakil rakyat kawasan Sook dan bagi pihak wakil-wakil rakyat yang berkenaan, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada PPS atas keprihatinan terhadap masyarakat di kawasan-kawasan ini.<\/p>\n<p>\u201cSebagai wakil rakyat dan Kabinet Menteri Negeri saya sangat berbangga kerana adanya agensi Kerajaan Negeri, seperti PPS yang benar-benar ikhlas, tekun dan penuh iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti dalam slogan agensi iaitu \u2018Profesional, Prihatin dan Sopan\u2019 (PPS).<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap semua yang menerima sumbangan, bersyukurlah dan manfaatkanlah kemudahan yang telah diterima dengan sebaik-baiknya,\u201d kata Ellron.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada PPS di atas pencapaiannya bagi Tahun Kewangan 2021 dan berharap agar agensi tersebut akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan dan meningkatkan prestasinya setiap tahun serta akan terus membantu membangunkan negeri kita yang tercinta ini.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau juga meminta rakyat, terutamanya di Daerah Kecil Sook, Tulid, Nabawan dan sekelilingnya agar terus melanggani dan menyokong PPS kerana agensi tersebut telah menyumbang kepada negeri secara berterusan sejak 67 tahun yang lalu<\/p>\n<p>\u201cPPS adalah satu agensi kebanggaan Kerajaan Negeri yang diurus tadbir dengan baik, cekap, telus dan professional oleh pengurusan dan kakitangan yang kesemuanya anak watan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPS, George Taitim Tulas yang turut hadir berkata, pembukaan Pusat Pelanggan Sook ini mencerminkan satu lagi kejayaan PPS dalam membawa perkhidmatannya ke hadapan pintu masyarakat di sini dan juga kawasan-kawasan sekelilingnya.<\/p>\n<p>Katanya, Pusat Pelanggan Sook merupakan salah satu daripada tujuh Pusat Pelanggan PPS di negeri Sabah yang dibuka untuk meluaskan lagi perkhidmatan dan operasi PPS bagi memberikan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada penduduk negeri Sabah.<\/p>\n<p>\u201cDisamping itu, PPS juga mempunyai 13 lagi Pusat Pelanggan Daerah yang ditempatkan di beberapa daerah di Sabah. Perkara ini adalah sejajar dalam visi PPS iaitu untuk meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi negeri Sabah yang juga selaras dengan pemboleh daya SMJ melalui keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cKami di PPS berharap pembukaan Pusat Pelanggan Sook ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti Sook, Tulid dan semua komuniti yang berhampiran,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menyentuh tentang projek kebajikan PPS, George berkata, sehingga kini PPS telah menyumbang sebanyak RM62.5 juta daripada keuntungan tahunan untuk membiayai 400 projek kebajikan di seluruh negeri yang melibatkan pembinaan asrama desa, dewan terbuka, bilik darjah, alat kelengkapan perubatan, pusat-pusat sumber, tadika, rumah anak yatim, rumah perhentian dan sebagainya yang melibatkan wanita, kanak-kanak, dan golongan orang kurang upaya. <\/p>\n<p>Katanya, bagi daerah kecil Sook, PPS telah menyumbang sebanyak lapan projek CSR bernilai RM1.8 juta, manakala di Tulid sebanyak empat projek bernilai RM571,000 dan Nabawan, 18 projek bernilai RM5 juta. <\/p>\n<p>\u201cPada hari ini, kita amat berbangga kerana dapat menyerahkan empat lagi projek CSR yang telah siap dibina di daerah kecil Sook dan Nabawan iaitu Asrama Desa SK Lanas, Sook, Dewan Serbaguna Komuniti Kg. Binakaan, Sook, Dewan Serbaguna Komuniti Kg. Karamatoi, Sook, dan Asrama Desa SK Layon, Nabawan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaian tawaran sumbangan bersyarat untuk satu projek, iaitu, Dewan Serbaguna Komuniti Kg. Kiulu Baru, Tulid.<\/p>\n<p>Di samping itu, sejumlah 458 unit beg sekolah dan alat tulis turut disumbangkan kepada pelajar-pelajar SK Malima, SK Binuwou Tengah, SK Binakaan, SK Sinulihan, SK Simbuan, SK Sinaron Tengah, SK Lanas, SK Delayan Tulid, SK Nandangan, dan SK Layon.<br \/>\nGeorge turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Penolong Pegawai Daerah Sook, Paul Isidore di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SOOK: Penduduk di kawasan Sook, Tulid dan Nabawan, serta kawasan sekitarnya, kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk berurusan dengan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) dengan adanya Pusat Pelanggan PPS yang mula beroperasi di Pekan Baru Sook, di sini, hari ini. Merasmikan pelancaran Pusat Pelanggan PPS Sook ini, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12814,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12813","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12815,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12813\/revisions\/12815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12814"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}