{"id":12804,"date":"2022-06-02T12:10:39","date_gmt":"2022-06-02T04:10:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12804"},"modified":"2022-06-02T12:10:39","modified_gmt":"2022-06-02T04:10:39","slug":"sukan-ekstrem-boleh-jadi-daya-tarikan-pelancong-melawat-sabah-bung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/06\/02\/sukan-ekstrem-boleh-jadi-daya-tarikan-pelancong-melawat-sabah-bung\/","title":{"rendered":"Sukan Ekstrem Boleh Jadi Daya Tarikan Pelancong Melawat Sabah &#8211; Bung"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid<\/p>\n<p>TENOM: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin  penganjuran aktiviti sukan ekstrem termasuk kejohanan motocross mampu menaikkan nama Sabah khususnya daerah Tenom sebagai destinasi pelancongan popular di negeri ini.<\/p>\n<p>Menurut  beliau penganjuran aktiviti sukan lasak seperti motocross dapat menarik minat lebih ramai penggemar sukan itu dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah Tenom.<\/p>\n<p>\u201cSukan lasak seperti motocross walau agak ekstrem, namun sukan ini turut menjadi pilihan anak muda untuk aktiviti riadah disamping menonjolkan bakat mereka dalam sukan ini,&#8221; katanya ketika berucap melancarkan  kejohanan Motorcross Dun Race Kelab Motocross Tenom do Litar Melalap pada ahad lepas.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Pembangunan Industri Tamin Zainal, Penaung Kelab Motorcross Tenom Jamawi Jaafar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.<\/p>\n<p>Bung yang juga Menteri Kerja raya yakin daerah Tenom  berpotensi menjadi lokasi utama sukan ekstrem di Sabah  sekiranya mendapat sokongan penuh pihak yang berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cSaya kagum dengan kesungguhan Kelab Motorcross Tenom -Kemabong yang berusaha mewujudkan litar sementara ini walaupun terpaksa menyewa tapak untuk dijadikan litar sementara yang mencermin kesungguhan serta minat anak-anak muda khususnya di daerah ini terhadap sukan lasak ini begitu tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Bung sekiranya litar itu ditambah baik dan dinaiktaraf pasti ianya dapat menaikkan lagi nama Tenom sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.<\/p>\n<p>&#8220;Ini kerana, anak-anak muda sekarang lebih terjerumus kepada aktiviti lumba haram. Justeru, dengan adanya kejohanan seperti ini akan memberi merka peluang  mencuba sukan ekstrem permotoran,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p>Dalam masa yang sama Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk meningkatkan fasiliti di litar tersebut khususnya untuk penganjuran  Tenom Open Merdeka Race yang dijadualkan  diadakan pada bulan Ogo depan.<\/p>\n<p>Sementara itu Penaung Kelab Motocross Tenom Jamawi Jaafar berharap kerajaan dapat membantu menyediakan satu litar khusus untuk meningkatkan lagi prestasi litar motocross di negeri ini khusunya di daerah Tenom<\/p>\n<p>Beliau yakin sekiranya dapat disediakan satu litar khusus dan ditambah baik kemudahanya ianya dapat menaikkan lagi nama  Sabah khususnya daerah Tenom sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.<\/p>\n<p>\u201cPlatform yang dibina ini sememangnya khas buat anak-anak muda dan peminat motocross untuk merasai keseronokan melakukan aktiviti sukan ekstrem  yang  dapat melahirkan bintang yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid TENOM: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin penganjuran aktiviti sukan ekstrem termasuk kejohanan motocross mampu menaikkan nama Sabah khususnya daerah Tenom sebagai destinasi pelancongan popular di negeri ini. Menurut beliau penganjuran aktiviti sukan lasak seperti motocross dapat menarik minat lebih ramai penggemar sukan itu dari dalam dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12805,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12804","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12804","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12804"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12804\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12806,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12804\/revisions\/12806"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12804"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12804"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12804"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}