{"id":12746,"date":"2022-05-30T14:04:32","date_gmt":"2022-05-30T06:04:32","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12746"},"modified":"2022-05-30T14:04:32","modified_gmt":"2022-05-30T06:04:32","slug":"kerajaan-grs-bn-komited-pelihara-pulihara-alam-sekitar-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/05\/30\/kerajaan-grs-bn-komited-pelihara-pulihara-alam-sekitar-sabah\/","title":{"rendered":"Kerajaan GRS-BN komited pelihara, pulihara alam sekitar Sabah"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah -Barisan Nasional (GRS-BN) komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.<br \/>\nKatanya, mengambil kira kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM227.4 juta kepada sektor pelancongan di negeri ini dalam Belanjawan Sabah 2022.<br \/>\n\u201cDaripada jumlah itu sebanyak RM131.93 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta jabatan dan agensi di bawahnya. Ini adalah antara komitmen berterusan Kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.<br \/>\n\u201cInisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap komponen dalam mewujudkan kelestarian hijau akan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya\u201d, katanya.<br \/>\nBeliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 di Dewan Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA), hari ini.<br \/>\nHajiji berkata, negeri Sabah juga diberikan penghormatan selaku tuan rumah bagi acara Kongres Taman-Taman Asia kedua yang diadakan di Kota Kinabalu minggu lalu, anjuran bersama dengan International Union for the Conservation of Nature (IUCN).<br \/>\n\u201cSaya menyeru seluruh rakyat untuk sentiasa menjaga alam semula jadi, flora dan fauna yang ada di negeri ini. Seperti yang dilaporkan oleh media, banyak bencana alam berlaku berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia, termasuk di negara kita.<br \/>\n\u201cKeadaan ini sudah pasti turut mempengaruhi hasil pengeluaran makanan yang akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat\u201d, tambahnya.<br \/>\nHajiji berkata, pemilihan tema Perayaan Pesta Kaamatan tahun ini, \u201cKaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi\u201d (\u201cKaamatan Monunduan Do Winorun\u201d) amat tepat terutama sekali dengan pelbagai fenomena akibat perubahan iklim dunia pada masa kini.<br \/>\nKatanya, dengan tema itu diharapkan ia dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada semua lapisan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam semula jadi yang kita warisi untuk generasi akan datang.<br \/>\nHajiji berkata, Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) merupakan budaya yang diwarisi sejak zaman- berzaman.<br \/>\nMenurutnya, pesta ini bukan sahaja bertujuan melahirkan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik tetapi juga memberi peluang kepada saudara mara untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim.<br \/>\nBeliau berkata, rakyat Sabah sangat bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai budaya dan seni tradisi yang kaya.<br \/>\n\u201cSaya percaya setelah sebulan pesta ini berlangsung, ia telah memperkukuh dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku, kaum dan budaya.\u201d<br \/>\n\u201cKepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa adalah gambaran dan semangat sebenar Keluarga Malaysia yang perlu dikekalkan dan dipelihara selamanya\u201d.<br \/>\n\u201cSaya ingin menyeru seluruh rakyat untuk mengekalkan budaya perpaduan dan permuafakatan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk rakyat Sabah dan generasi akan datang\u201d, tegasnya.<br \/>\nHajiji turut meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.5 juta bagi projek pembesaran Dewan KDCA, gerai makan dan kerja-kerja berkaitan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah -Barisan Nasional (GRS-BN) komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Katanya, mengambil kira kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM227.4 juta kepada sektor pelancongan di negeri ini dalam Belanjawan Sabah 2022. \u201cDaripada jumlah itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12747,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12746","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12746","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12746"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12746\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12748,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12746\/revisions\/12748"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12747"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12746"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12746"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12746"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}