{"id":12650,"date":"2022-05-27T23:11:10","date_gmt":"2022-05-27T15:11:10","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12650"},"modified":"2022-05-27T23:11:10","modified_gmt":"2022-05-27T15:11:10","slug":"majlis-rumah-terbuka-rayaums-meriah-selepas-dua-tahun-tidak-diadakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/05\/27\/majlis-rumah-terbuka-rayaums-meriah-selepas-dua-tahun-tidak-diadakan\/","title":{"rendered":"Majlis Rumah Terbuka RAYA@UMS meriah selepas dua tahun tidak diadakan"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19, kira-kira 500 kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyemarakkan sambutan Majlis Rumah Terbuka RAYA@UMS yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Pusat, di sini, hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMajlis yang dianjurkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) menyaksikan aneka juadah makanan daripada Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB) UMS yang dihidangkan untuk dinikmati bersama.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUniknya, sambutan yang diraikan oleh warga UMS tanpa mengira kaum dan agama ini turut diserikan lagi dengan hiasan-hiasan menarik berkonsepkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSelain berbaju Melayu, ada yang hadir memakai busana tradisi Kadazan Dusun sempena sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan pada penghujung bulan ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, majlis rumah terbuka itu bertujuan mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama warga UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSelama dua tahun, kita tidak dapat menyempurnakan rumah terbuka sama ada dalam skala kecil atau besar ekoran pandemik Covid-19 yang membelenggu kehidupan kita seharian.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cAlhamdulillah, pada tahun ini kelonggaran telah diberikan pihak berkuasa dan negara kita mula memasuki fasa peralihan endemik yang menyaksikan kegiatan ekonomi dan sosial mulai beransur-ansur pulih dengan SOP yang tidak lagi ketat sebagaimana sebelum ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cMajlis sebegini boleh dijadikan batu loncatan untuk kita merapatkan kembali hubungan, saling bermaafan dan bersedia membuka lembaran baru bagi mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh lagi,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nWalaupun kelonggaran telah diberikan, Taufiq berkata, kesedaran mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka masih perlu dipraktikkan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya yakin dan percaya, majlis ini berjaya menyatukan kepelbagaian agama dan budaya, menunjukkan keharmonian berbilang latar belakang kaum dan kepercayaan, yang akhirnya mencetuskan kesatuan dan muhibbah dalam kalangan warga.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cBetapa saya terharu dan sangat-sangat bersyukur kerana kita dipertemukan di dalam majlis ini,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada majlis itu, Taufiq turut menyampaikan sijil dan insentif penghargaan bernilai RM1,000 kepada atlet UMS yang menyumbang pingat dalam acara futsal wanita dan lompat tinggi kategori lelaki pada Sukan SEA di Vietnam baru-baru ini<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTurut hadir pada majlis itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU: Setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19, kira-kira 500 kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyemarakkan sambutan Majlis Rumah Terbuka RAYA@UMS yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Pusat, di sini, hari ini. \u00a0 Majlis yang dianjurkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) menyaksikan aneka juadah makanan daripada Jabatan, Akademi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12651,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12650","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12650","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12650"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12650\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12652,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12650\/revisions\/12652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12651"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12650"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12650"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12650"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}