{"id":12644,"date":"2022-05-27T18:07:45","date_gmt":"2022-05-27T10:07:45","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12644"},"modified":"2022-05-27T18:07:45","modified_gmt":"2022-05-27T10:07:45","slug":"agrobank-buka-cawangan-di-telupid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/05\/27\/agrobank-buka-cawangan-di-telupid\/","title":{"rendered":"Agrobank buka cawangan di Telupid"},"content":{"rendered":"<p>TELUPID: Pembukaan cawangan Agrobank Telupid akan mempertingkatkan kegiatan ekonomi penduduk terutamanya melalui kemudahan pembiayaan yang holistik dan<br \/>\nmampan.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Agrobank di Telupid merupakan cawangan ke 140 dibuka di negara ini.<\/p>\n<p>Katanya antara perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna Agrobank di Telupid adalah<br \/>\nperkhidmatan asas perbankan serta urusan pembiayaan. <\/p>\n<p>&#8220;Agrobank turut menyediakan perkhidmatan konsultasi pembiayaan<br \/>\nkepada mana-mana usahawan bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan,&#8221; katanya ketika merasmikan Agrocorner Agrobank Telupid di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd, Pengerusi\/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri.<\/p>\n<p>Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata Agrobank ada menawarkan pelbagai skim pembiayaan khas<br \/>\nseperti Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa\u2019-i untuk menggalakkan lebih ramai<br \/>\nagropreneur wanita dan Program Pembiayaan Agro Teras bagi membantu<br \/>\nusahawan mikro yang tergolong dalam kumpulan B40 untuk mendapatkan<br \/>\npembiayaan kewangan khusus bagi membangunkan perniagaan berasaskan<br \/>\npertanian dan industri makanan.<\/p>\n<p>Justeru, beliau menggalakkan agar penduduk Telupid mengambil peluang ini<br \/>\ndan berkunjung ke Agrobank Telupid bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan<br \/>\nproduk-produk dan perkhidmatan yang disediakan daripada Agrobank.<\/p>\n<p>&#8220;Saya yakin melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank, para usahawan<br \/>\nagro akan dapat meningkatkan kualiti pertanian dan mempertingkatkan<br \/>\nproduktiviti masing-masing termasuk menerusi teknologi dan inovasi pertanian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata MAFI telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan insentif kepada orang<br \/>\nramai yang berminat untuk menjadi usahawan agro dan memajukan perniagaan<br \/>\nberasaskan pertanian dan industri makanan. <\/p>\n<p>Katanya ini merupakan antara usaha<br \/>\nberterusan Kementerian bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) seterusnya meningkatkan kestabilan jaminan bekalan makanan negara.<\/p>\n<p>Menurutnya strategi-strategi di bawah Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) juga sedang giat<br \/>\ndilaksanakan dalam usaha memperkasa sistem makanan negara agar kekal berdaya<br \/>\ntahan dalam mengharungi sebarang krisis masa kini dan di masa hadapan<\/p>\n<p>.<br \/>\nMAFI akan terus berusaha untuk memastikan kebimbangan Keluarga Malaysia<br \/>\ntentang bekalan makanan ditangani secara menyeluruh menerusi usaha yang<br \/>\ndijalankan oleh Jabatan dan Agensi di bawah MAFI, katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu Ronald turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan<br \/>\nyang telah diluluskan kepada pelanggan Agrobank di sekitar Telupid yang akan<br \/>\ndiberikan kepada 89 Supersave Mini Market yang menerima pembiayaan<br \/>\nKeluarga Malaysia Guarantee Government Scheme.<\/p>\n<p>Agrocorner Agrobank Telupid yang dibuka sejak dua minggu yang lalu telah mencatatkan pembukaan akaun baharu sebanyak 159 akaun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TELUPID: Pembukaan cawangan Agrobank Telupid akan mempertingkatkan kegiatan ekonomi penduduk terutamanya melalui kemudahan pembiayaan yang holistik dan mampan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Agrobank di Telupid merupakan cawangan ke 140 dibuka di negara ini. Katanya antara perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna Agrobank di Telupid adalah perkhidmatan asas perbankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12645,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12644","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12646,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12644\/revisions\/12646"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}