{"id":12566,"date":"2022-05-25T12:28:19","date_gmt":"2022-05-25T04:28:19","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12566"},"modified":"2022-05-25T12:28:19","modified_gmt":"2022-05-25T04:28:19","slug":"km-mahu-mpps-diadakan-setiap-tahun-bagi-mendengar-suara-anak-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/05\/25\/km-mahu-mpps-diadakan-setiap-tahun-bagi-mendengar-suara-anak-muda\/","title":{"rendered":"KM mahu MPPS diadakan setiap tahun bagi mendengar suara anak muda"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) akan diinstitusikan sebagai acara tahunan bagi mendengar suara daripada rakyat khususnya golongan muda dan mereka yang masih belajar, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.<br \/>\nSelain itu beliau berkata, semua usul yang dibentangkan dalam MPPS perlu didokumentasikan secara rasmi dalam bentuk Nota Kabinet dan akan dibentangkan untuk makluman jemaah menteri, seterusnya diteliti oleh setiap kementerian dan agensi berkaitan.<br \/>\n\u201cSelepas mendengar segala usul menerusi majlis yang pertama kali diadakan ini, saya mahu MPPS dijadikan sebagai acara tahunan. Saya mahu mendengar cadangan dan pandangan daripada anak-anak muda terutama mereka yang masih belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.<br \/>\n\u201cSaya juga mengambil perhatian serius setiap usul atau cadangan yang dibentangkan oleh anak-anak muda kita dan kita akan teliti secara terperinci untuk dimasukkan dalam perancangan kerajaan. Mana yang perlu dilaksanakan, akan dilaksanakan secepat mungkin.<br \/>\n\u201cBanyak cadangan atau usul daripada tujuh kluster yang dibentangkan dalam MPPS d amat releven dengan pembangunan negeri dan belia di Sabah. Terima kasih kepada semua pelajar yang memberi pandangan yang bernas demi pembangunan rakyat dan negeri ini,\u201d katanya ketika merasmikan MPPS di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini,malam tadi.<br \/>\nPersidangan MPPS itu diumumkan Ketua Menteri dalam satu majlis berbuka puasa bersama pelajar Sabah di Semenanjung, pada April lalu. MPPS yang akan diinstitusikan sebagai acara tahunan akan dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas.<br \/>\nMPPS adalah inisiatif bersama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas dan Majlis Belia Sabah (MBS). Lebih 80 pemimpin pelajar daripada 60 institusi pendidikan di seluruh negara menghadiri MPPS, termasuk pemimpin pelajar sekolah menengah di negeri ini.<br \/>\nLebih 10 usul atau cadangan yang dibentangkan.<br \/>\nInsan; Ekonomi Anak Muda dan Perniagaan; Pendidikan dan Kerjaya; Alam Sekitar dan Kelestarian Hijau; dan Pertanian dan Pelancongan.<br \/>\nHajiji berkata, penganjuran MPPS adalah bertepatan dengan salah satu teras dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu agenda pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.<br \/>\n\u201cKerajaan negeri amat komited untuk memperkasa modal insan di negeri ini melalui pelaksanaan dan perancangan pelbagai program dan inisiatif bagi mengangkat aspirasi anak muda Sabah.<br \/>\n\u201cSelain MPPS, pelbagai inisiatif lain telah dan sedang digerakkan. Antara inisiatif baharu yang dilaksanakan bermula tahun ini ialah Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membantu lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian ke IPT.<br \/>\n\u201cKerajaan negeri turut menubuhkan Sekretariat Khas Pelajar Sabah, bertujuan memayungi semua persatuan pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Melalui sekretariat khas ini juga, isu-isu berkaitan pelajar Sabah akan dibincangkan dan dibawa ke pengetahuan pihak kerajaan untuk tindakan susulan,\u201d katanya.<br \/>\nSambil menegaskan mahu modal insan yang mempunyai ilmu dan kemahiran, beliau berkata ia penting agar mereka boleh bersama-sama membangunkan negeri ini.<br \/>\n\u201cSelepas mendengar segala pandangan daripada pelajar kita dalam MPPS ini, sebenarnya kita mempunyai anak-anak muda yang berpotensi. Sebab itu, kerajaan Sabah di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang.<br \/>\n\u201cKita mahu bawa masuk pelabur ke Sabah supaya kita dapat wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini. Kita tidak mahu lepasan universiti berhijrah ke Semenanjung kerana tiada peluang pekerjaan di sini,\u201d katanya.<br \/>\nYang turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Pengarah IKRAR Sabah, Azrul Ibrahim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) akan diinstitusikan sebagai acara tahunan bagi mendengar suara daripada rakyat khususnya golongan muda dan mereka yang masih belajar, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Selain itu beliau berkata, semua usul yang dibentangkan dalam MPPS perlu didokumentasikan secara rasmi dalam bentuk Nota Kabinet dan akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12567,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12566","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12566","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12566"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12566\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12568,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12566\/revisions\/12568"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12567"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12566"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12566"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12566"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}