{"id":12395,"date":"2022-05-19T10:50:49","date_gmt":"2022-05-19T02:50:49","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=12395"},"modified":"2022-05-19T10:50:49","modified_gmt":"2022-05-19T02:50:49","slug":"umat-islam-dituntut-berusaha-mengikut-panduan-al-quran-dan-as-sunnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/05\/19\/umat-islam-dituntut-berusaha-mengikut-panduan-al-quran-dan-as-sunnah\/","title":{"rendered":"Umat Islam dituntut berusaha mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Umat Islam dituntut supaya berusaha mengikut panduan al-Quran dan as- Sunah agar kehidupan sentiasa di atas jalan yang benar, bermuhasabah diri seterusnya berusaha menyuburkan sifat ketakwaan serta meningkatkan ilmu pendidikan.<br \/>\nKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata sebagaimana kitab suci al-Quran banyak menyarankan berhubung ilmu, pendidikan, sahsiah, akhlak dan pembangunan insan, sudah pasti faktor ini tidak boleh ditinggalkan sebagai tunjang utama dalam membangunkan negeri Sabah yang tercinta.<br \/>\n\u201cJusteru itulah dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kita mengambil berat terhadap faktor modal insan dan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang utama hala tuju SMJ itu sendiri.<br \/>\n\u201c Kerajaan amat mengambil berat keperluan pendidikan dan bidang kemahiran anak- anak Sabah. Kerajaan membelanjakan dana yang besar untuk membiayai anak-anak kita melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negeri melalui biasiswa, derma siswa oleh kerajaan negeri, Yayasan Sabah, MUIS dan beberapa agensi yang lain bagi memudahkan anak-anak kita menimba ilmu pengetahuan,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah serta Menghafaz al- Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H\/2022M di Dewan Masyarakat Tawau, di sini pada Rabu.<br \/>\nYang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin telah menyempurnakan Perutusan Penangguhan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah.<br \/>\nYang turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong serta jemaah menteri Kabinet negeri Sabah.<br \/>\nKatanya, Kerajaan GRS-BN juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi mengurangkan bebanan pelajar dalam mereka mengikuti pelajaran dan pembelajaran.<br \/>\n\u201cKerajaan telah memperkenalkan bantuan untuk anak-anak yang pertama kali menduduki pengajian di universiti dengan memberikan mereka one off sebanyak RM2,000 seorang dikenali sebagai BUDI.<br \/>\n\u201cBagi yang menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM, setiap mereka mendapat one off RM200 sebagai persiapan menduduki peperiksaan yang dinamakan \u201cBAKTI,\u201d katanya sambil menambah seramai 5,000 pelajar telah mendapat bantuan BUDI pada 2021 manakala 40,000 pelajar menikmati bantuan \u201cBAKTI.<br \/>\nSehubungan itu, beliau berkata perpindahan ibu kota negara (IKN) Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur juga sudah pasti akan memberi banyak peluang ekonomi kepada Sabah khususnya di Tawau.<br \/>\n\u201cSebagai kawasan paling hampir dengan sempadan Indonesia, pembangunan di wilayah Tawau akan diberi fokus dan tumpuan, terutama sekitar jajaran Serudong- Simanggaris. Ini penting bagi memastikan Sabah sendiri dapat memanfaatkan sepenuhnya pembangunan besar dijangkakan berlaku,\u201d katanya.<br \/>\nSementara itu, Hamdi Yusop @ Yusof dari Papar dan Nurfaten Izzati Rablin dari Kota Kinabalu, muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H\/2022M di sini malam tadi.<br \/>\nHamdi dan Nurfaten masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala dan hadiah iringan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Umat Islam dituntut supaya berusaha mengikut panduan al-Quran dan as- Sunah agar kehidupan sentiasa di atas jalan yang benar, bermuhasabah diri seterusnya berusaha menyuburkan sifat ketakwaan serta meningkatkan ilmu pendidikan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata sebagaimana kitab suci al-Quran banyak menyarankan berhubung ilmu, pendidikan, sahsiah, akhlak dan pembangunan insan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":12396,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12395","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12395","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12395"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12395\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12397,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12395\/revisions\/12397"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12395"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12395"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12395"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}